Thursday, July 23, 2009

AKU : JURI PANTUN IPGM 2009

Setelah dua hari aku berkampung di PD sempena Pertandingan Berbalas Pantun Antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) 2009, maka tirai pertandingan peringkat saringan dan suku akhir pun dilabuhkan.... 4 pasukan daripada 27 pasukan IPGM seluruh Malaysia yang menyertai pertandingan ini layak ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada Oktober nanti... Seterusnya juara akan diketahui dalam pertandingan akhir pada tarikh tersebut.

IPGM yang layak ialah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah; IPGM Kampus Darul Aman,Kedah; IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan,Pahang dan IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi di masa akan datang kepada yang tewas... Adat bertanding, ada kalah dan ada menang...

Secara keseluruhannya, berdasarkan pengamatan aku selaku antara panel hakim yang terlibat... penganjuran buat kali yang ketiga ini dianggap terbaik dan tersusun.. Setiap venue pertandingan berjalan lancar tanpa sebarang masalah... Bagaimanapun sedikit masalah teknikal yang berlaku, tidakpun mencacatkan keseluruhan pertandingan ini.. Syabas buat penganjur iaitu IPGM Bahasa Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aku (berbaju batik hijau) bersama Ketua Hakim En. Hanafi (DBP) dan Datin Sabariah (bekas Pengetua) ketika mengadili salah satu pertandingan peringkat saringan.

Sedang mengira markah keseluruhan, setelah mengambil kira aspek isi, bahasa dan persembahan untuk menentukan pemenang... Gigil juga nak kira, takut salah tekan nombor pada kulkulator

Salah satu pertandingan peringkat saringan yang menemukan IPGM Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat dan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru... Dua-duanya dari Johor... Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi mereka tahun ini....

Bersantai seketika untuk menunggu giliran menjadi hakim bagi pertandingan peringkat seterusnya.....


Semoga berjaya kepada 4 pasukan yang layak ke pertandingan seterusnya di Bumi Kenyalang nanti.... Sirih berlipat, pinang berkacip.

Dalam tenun ada gangsa,
Dalam gangsa ada sutera,
Dalam pantun ada bahasa,
Dalam bahasa ada bicara.

mybachelorman.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

AKU : DATANG PD LAGI....

Hai...!!! Aku datang PD (Port Dickson) lagi.... Hmmmm, rasanya belum pun sampai sebulan aku ada post pasal cerita gi picnic kat PD yang sampaikan aku kena "sunburn" teruk hari tu... Tapi kali ni, kunjungan aku ke PD bukan sebab picnic, tapi ada kerja yang aku kena buat... Kerja apa tuh..???

Sebenarnya, aku dipilih oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur sebagai juri bagi Pertandingan Berbalas Pantun Antara IPGM Se-Malaysia Kali Ke-3, 2009.... Aku difahamkan ada 27 buah IPGM seluruh Malaysia menyertai pertandingan ini... Apa itu IPGM...??? Alah... Maktab Perguruan ler.... setelah dinaiktaraf kepada institut ia dikenali sebagai IPGM. Secara tak langsung, baru aku tau kat Malaysia nih ada 27 Maktab Perguruan semuanya.....

Menariknya, penglibatan para hakim atau juri kali ini bukan sahaja melibatkan pensyarah maktab dan guru-guru sekolah, malah pihak penganjur turut mengundang pemantun-pemantun kementerian yang pernah banyak kali menjadi Juara Pantun antara Kementerian. Jadi.. aku ngan geng2 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah antara calon-calon yang disebut-sebut oleh pihak DBP untuk hadir sebagai hakim... Kira naik taraflah sket... Kalau dulu asyik duduk kat meja peserta jer dan orang lain menilai kita, kali ni baru berpeluh ketiak kami sebagai pengadil plak.... Bukan calang-calang beb...!!! Ini pertandingan peringkat kebangsaan wooo.... dan pesertanya merupakan bakal-bakal cikgu....

Maka, berkampunglah kami kesemua peserta, hakim dan urusetia (DBP & IPGM) di Hotel Golden Straits Villa Resort, Port Dickson.... Venue pertandingan ada lima tempat; 2 di hotel ni sendiri dan 3 lagi di sekolah menengah sekitar PD... Selain aku mewakili kementerian, turut datang ngan muka slamberrr... Tn Hj. Chuari Selamat (Klasik Nasional).. alah yang selalu jadi jurupantun (pengacara) pertandingan akhir Pesta Pantun Sekolah-Sekolah, IPT dan mcm2 pertandingan pantun yang lain.... Nor Hanah Nordin (DJ Hana, MuzikFM) dan Salbiah Sharif (SelangorFM)... kedua-dua minah nih popular gak di stesen masing-masing... Aku jer yang tak ada stesen radio.... Stesen janakuasa elektrik pun jadi lerrr.... kih kih kih....


Pemandangan sekitar kawasan Hotel Golden Straits Villa, PD dari balcony tempat aku menginap... Ia berkonsepkan apartment... dalam satu rumah ada tiga bilik...

Kita tinggal jap citer pasal pertandingan nih dulu... Next post aku akan ceritakan... Cuma kali nih aku nak share mengenai aktiviti kami pada hari pertama Sesi Pendaftaran / Taklimat pada 20 Julai 2009 (Isnin).... Dah nama pun datang PD, aktiviti wajib lepas habis semua sesi taklimat dan bengkel untuk hakim.... Aku, Sal dan Hana pun berlibur sakan di pekan PD nih....

Inilah dia Hana (kiri) dan Sal (kanan) dengan aksi manjer nyerrr... !!!

Jalan-jalan jumpa gerai durian... Apa lagi... serbuuuu....!!!

Durian kampung dari Lukut; kata penjualnya.... Sodappppp ooooooo !!!!

Rambutan menambah lagi selera kamii....!!!

Hah...!!! kepada yang tak tahu... Yang berkulit keras macam rambutan ni dipanggil pulasan... Lama dah tak makan buah nih, kalau nak makan kena pulas kulitnya...... Sebab tu, dipanggil pulasan... heheheehe


Selepas menyental buah-buahan tadi... Apa plak bazar jual kraftangan dan mcm2 di sebelahnya... Jadi, cucilah mata.... tak beli apa pun....

Tetiba jumpa plak outlet Sate Kajang Haji Samuri kat PD, apa lagi.... singgah ler kami dan membaham sate2 yang ada..... hahahahahahaha !!!

(mybachelorman.blogspot.com)

Saturday, July 18, 2009

AKU : SEDIA BERUNDUR JIKA INI YANG TERBAIK

Aku yang memulakan, biarlah aku juga yang mengakhirinya kalau ini jalan yang terbaik... Mungkin posts aku kali ini agak pelik bunyinya, tetapi demi maruah dan menjaga hati pihak yang terlibat... biarlah aku yang mencari jalan penyelesaiannya....

Tidak siapa pun di dunia ini suka akan perpisahan, malah tidak siapa pun suka akan kekecewaan... Tapi, semua ini aku akui berpunca daripada sikap dan tindakan aku juga... Akulah punca dan penyebab semua ini... Kalau sekali dua tak apa...!!! Da
h masuk kali keempat dah, aku terus membuat kesilapan yang sama... Aku tahu, betapa hancur dan luluhnya hati orang yang terlibat...

Dalam hal ini, aku rasa aku amat kejam sekali kerana sanggup mempermainkan perasaan orang yang betul-betul sayang dan setia.... Entahlah, aku sendiri pun tak tahu apa yang aku buat sebenarnya... Aku juga tak tahu apa yang aku cari selama ini, hingga benar-benar menyentuh hatinya... Nak minta maaf, dah masuk kali ketiga dia maafkan aku... dan beri aku peluang... Masalahnya ini dah masuk kali keempat...!!!! Fuuhhhhh....!!!

Terus terang, aku akui aku yang silap...!!! Aku mintak maaf zahir dan batin (mcm klise jer)... Dan aku pun dah tunaikan apa yang dia nak aku buat.... Hanya dia yang tahu..!!! Harap dia berpuas hati dan sedia maafkan aku...

Seriously, hati aku juga semakin tawar dengan apa yang berlaku... Bukan bermaksud aku tidak menyayangi dan menyintai dirinya... Tapi aku kesal dengan apa yang berlaku hingga dia sekarang sudah hilang kepercayaan 100% kepada aku... Bukan itu sahaja, dia dah tak nak bercakap langsung dengan aku... Takper lah, mungkin cara ini buat dia selesa... aku ikutkan saja....

Hati aku masih padanya... Hati aku juga masih kuat untuk terus menyayangi dan mencintai dirinya... Walaupun selepas ini, jika aku tiada lagi dihatinya... aku tetap akur... semoga dia berpuas hati dan terbalas segala kesakitan, keperitan dan kepedihan yang dialami....

a
Aku sebenarnya nak minta maaf berpuluh-puluh kali pun dah tak guna, sebab dia tak akan mempercayai aku lagi.... Biarlah aku begini...!!! Biarlah aku yang menanggung balasan dan akibatnya.... Yang penting, aku telah buat apa yang dia nak... Walupun sebelum ini aku tak pernah ambil peduli, jika ada yang nak aku buat seperti mana yang dia mahukan.... Hanya dia yang tahu..!!!

Baiklah...., kalau begini jadinya biarlah aku saja yang mengundur diri... Jika dia masih sayangkan dan cintakan aku... pasti dia akan datang kepada aku juga suatu masa nanti.. Kalau ada tu adalah, kalau tak ada aku anggap dah tak ada rezeki.... Untuk aku pergi kepadanya lagi, tak mungkin.... sebab aku TERLALU MALU...!!!! sebab orang dah tak nak....!!!! Buat apa aku nak menyakitkan hatinya lagi, buat apa aku nak keruhkan lagi keadaan... Cukuplah maki-hamun dia pada aku... sedangkan aku tak pernah sekalipun berkasar dengan dia.. apatah lagi nak meninggikan suara...

Cukuplah... cukuplah... Aku harap selepas ini, dia akan tenang dan setenang-tenangnya tanpa aku yang mengganggu ketenangannya lagi....

Dan ini message terakhir dia smskan kepada aku tadi, kira-kira pukul 2.07pm yang membuatkan aku berfikir panjang dan menulis dalam blog ini;

Ok, juz xde mOod nk msg lg..
Arap paham...
Jgn reply...

KHAS UNTUKMU:
Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintai aku
Dan semua hatiku
Karena takkan pernah kau temui
Cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah
Mencuba kembali padamu

Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku tlah mati
Untuk menyadarinya
Semoga saja kan kau dapati
Hati yang tulus mencintaimu
Tapi bukan aku.....


mybachelorman.blogspot.com

Thursday, July 16, 2009

AKU : Bosan Plan Tak Menjadi


...Hmmm, hari ini aku rasakan antara hari yang paling membosankan...!!! Nampaknya apa yang aku plan bermula esok dan hujung minggu ni, tak tercapailah.... Dah ler aku apply cuti esok, kena cancel plak...!!! Bukannya senang nak dpt cuti, apatah lagi bila boss aku sejak dua menjak nih semakin meroyan... Ditambah lagi, semalam aku dapat khabar paling sedih... Makinlah aku sakit kepala....

Nak cakap susah, tak cakap pun susah... Takut ada pihak yang terasa hati... Tak tahu nak salahkan siapa, hmmmm.... Senang citer aku salahkan diri aku sendiri aaaaa.... Kalau esok tak jadi cuti, maknanya aku kena masuk opis lahh... Hmmm, aku buat aaa apa yang patut... Tapi hujung minggu plak, apa aku nak buat...!!!

Aku pun tak tahu aaaa, baik aku diamkan diri saja... Kadang-kadang kita lebih faham, bila dan macam mana nak jaga hati kita sendiri... Nak harapkan orang, belum tentu bleh selesaikan masalah atau apa yang kita rasa.....

Hmmm... mcm mana ekkk, nak release nih... Makin lama makin berat kepala aku memikirkannya... Pagi sampai tengahari ni saja, habis sekotak rokok 20 batang aku belasah... Sampai malam kang, mau 2 - 3 kotak nih..... Hmmmmmm

Tak apalah, biar aku settle sendiri kebosanan aku nih... Pandailah aku layan kang mcm mana.... Nak balik kg, rasa mcm tak sesuai buat masa nih... Hmmm, mana aku nak pergi nih....!!!! Frust aaaa sgt2...!!! Tengah dok bosan2 nih.... aku layanlah MP3 kat PC opis aku, tiba2 terbukak lagu lama dari Slam - Jalan Keindahan... Dengan tak sengaja, hati aku jadi redup dan terpanggil untuk meneliti setiap bait lagu ni... Best jugak...!!! Jom kongsi sama2...


JALAN KEINDAHAH
(Slam)

Adanya engkau disampingku
Hilanglah jarak dan waktu
Kekasih perjalanan ini
Terlalu mengasyikkan
Segala yang aku lihat
Bak memberi syafaat
Setiap kata pujian semata
Kepadamu jua
Tiap langkah ku meyakinkan
Akan kebenarannya
Sedarlah aku dari mimpi
Yang memesongkan realiti
Terleraikan sudah syak wasangka
Yang mengusut di hati
Sebelum ini ku lihat keegoaan
Yang bermaharajalela
Sebelum ini aku sangka
Keburukan semata
Rupanya itu hanya satu dugaan
Kita tak bisa lari dari kenyataan
Namun demikian sudah suratan
Terserlah kebenaran
Kepadamu kasih
Sebenarnya jalan keindahan


mybachelorman.blogspot.com

Wednesday, July 15, 2009

KENALI : Bahasa Jawa (Bab 6 - NEM)

Ketemu Meneh Yoo!! Jika dalam Bab 1 hingga 5 (siji tekan limo), kita dah dikenalkan dengan beberapa perkataan Bahasa Jawa yang merujuk kepada kata tertentu (nama, ganti nama, bilangan, kerja dsbnya...), kali ini aku nak bentuk pula daripada perkataan-perkataan tadi kepada "Perkataan Berlawanan" dan "Perkataan Sama Erti/Maksud"... Mari kita belajar...!!!

Perkataan Berlawanan:
La-nang (lelaki) = We-dhok (perempuan)
La-nang (suami) = Bo-jho (isteri)
Ka-kang (abang) = Ba'yu (kakak)
Tu-wek (tua) = Nom (muda)
Ge-dhi (besar) = Ci-lik (kecil)
Le-mu (gemuk) = Ci-lik (kurus)
Dho-wo (panjang) = Cen-dek (pendek)
Me-tu (keluar) = Me-le-bhu (masuk)
Lu-ngo (bertolak) = Te-kan (sampai/tiba)
Ma-reng (pergi) = Te-ko (datang)
Tu-ru (tidur) = Ta-ngi (jaga/bangun)
Ce-pak (dekat) = A-dhoh (jauh)
Me-la-ku (gerak/jalan) = Man-dek (berhenti)
A-tos (keras) = le-mes (lembik)
Wa-ras (sihat) = me-riang (sakit/demam)
Tu-ku (beli) = A-dhol (jual)
O-kheh (banyak) = si-tik (sikit)
Je-ru (dalam) = ce-thek (cetek)
Ke-lep (tenggelam) = ke-mam-pul (timbul)
A-wan (siang) = be-ngi (malam)
I-suk (pagi) = so-re (petang)
Perkataan Sama Erti/Maksud:
Ci-lik (kecil,kurus)
cth:
Bo-jho ne Karim cilik wa-e wong-nge.
(Isteri si Karim kecil sahaja orangnya).
Ketok-an-ne, seng lanang le-mu seng we-dhok cilik.
(Nampaknya, si lelaki gemuk si perempuan kurus)
Me-la-ku (bergerak,berjalan)
cth:
Kereto-ne Kassim wes melaku mau.
(Kereta si Kassim sudah bergerak tadi)
Aku melaku sikel mareng masjid.
(Aku berjalan kaki pergi masjid)
Te-kan (sampai,tiba,sehingga)
cth:
De-e ngadol kueh sko isuk tekan sore.
(Dia meniaga kuih dari pagi sampai petang)
Kassim karo bojho-ne wes tekan nang kene wingi.
(Kassim dan isterinya sudah tiba di sini, semalam)
Anak-e wes enthek ngaji Quran sko Jus Siji tekan Papat.
(Anaknya sudah habis mengaji Quran dari Juzuk 1 sehingga 4)
Ta-ngi (bangun,jaga,bingkas)
cth:
Dhino-ne wes awan, de-e ora tangi2.
(Harinya dah siang, dia tak bangun2/jaga2)
Wong kabeh wes tekan, yok tangi mareng dapur.
(Orang semua dah sampai, mari bingkas ke dapur)
La-nang (lelaki,suami)
cth:
Wong lanang kabeh koyo ngono.
(Orang lelaki semua macam itu)
Bojho-ne wong Kedah, lanang-nge wong Johor.
(Isterinya orang Kedah, suaminya orang Johor)
mybachelorman.blogspot.com

KENALI : Bahasa Jawa (Bab 5 - LIMO)

Hmmm... diam tak diam, dah nak masuk Bab 5 (Limo) dah.. pembelajaran kita mengenai Bahasa Jawa nih...!!! Ok, kali ni kita akan ketahui pulak fungsi-fungsi "Kata Penegas" dan "Kata Sendi" dalam Bahasa Jawa.

Kata Penegas:
Toh (kah)
cth: Sopo-toh (siapakah), opo-toh (apakah), Nangdi-to (dimanakah), Kapan-toh (bilakah),

Kok (alah/lah)
cth: Kok-lali (alah lupa), lali-kok (lupalah),


Kata Sendi:
Ka-ro (dan/dengan)
cth: (1).Aku lu-ngo ke-bhon karo Ahmad. (Aku pergi kebun dengan Ahmad) (2).Aku karo Ahmad lu-ngo ke-bhon. (Aku dan Ahmad pergi kebun).

Nang (di)
cth: Ora ono wong nang ke-bhon. (Tak ada orang di kebun)

Nek (kalau)
cth: Ojo lu-ngo nek hati-ne ora penak. (Jangan pergi kalau hatinya tak sedap)

Itu saja untuk kali ini.... Ketemu meneh...!!!

mybachelorman.blogspot.com

Tuesday, July 14, 2009

KENALI : Bahasa Jawa (Bab 4 - PAPAT)

Ok...!!! Kita sambung lagi Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Jawa (PPSMJ)..heheheeh !!!! Sajer jer.... Baiklah, kalau sebelum nih kita dah tahu beberapa perkataan mengenai panggilan nama, hari, hari-hari kebesaran, kata kerja dan kata sifat... kali ini aku nak mengajak semua mengetahui tentang "kata ganti nama" dan "kata tanya".... Begini bunyinya:

Kata Ganti Nama:
Ku-lo / Aku (saya; org Jawa selalu guna aku),
Ku-we (awak/engkau/kau; e bunyi spt enak),
Wong (orang; merujuk juga mereka, dia),
De-e (dia; kedua e sebut spt enak),
La-nang (lelaki)
We-dhok (perempuan; e bunyi spt enak),
Bo-chah (budak)

Kata Tanya:
O-po (apa; kedua O sebut spt obor),
So-po (siapa; kedua O sebut spt obor),
En-dhi (mana; e sebut spt emak),
Nang-dhi (di mana),
Skon-dhi (dari mana),
Mareng-dhi (nak ke mana/pergi mana),
Ko-no (sana/situ; kedua O sebut spt obor),
Nang-kono (di sana/di situ),
Ke-ne (sini; kedua e sebut spt enak),
Nang-kene (di sini),
Ka-pan (bila),
Ke-pri-ye (macam mana; e pertama bunyi spt emak, e kedua enak),


Seronokkan....!!!! Bagus, bagus......

mybachelorman.blogspot.com

KENALI : Bahasa Jawa (Bab 3 - TELU)

"Kabare...?"... Mari kita sambung balik pengajian kita dalam mempelajari Bahasa Jawa (pasar) untuk Bab 3 (Telu).... Hari ini aku akan memberi pendedahan kepada "kata kerja" atau perbuatan / perlakuan dan "kata sifat" yang diterjemah ke dalam Bahasa Jawa.... Selamat Belajar !!!
Kata Kerja:
Ker-jho (kerja),
Ma-ngan (makan),
Ngom-be (minum; e disebut spt enak),
Tu-ru/ma-pan (tidor),
Tang-ngi (bangkit/bangun),
Me-la-ku (berjalan),
Mbe-la-yu (berlari),
Man-cah (menebas),
Ngob-brol (bersembang/gebang),
Ma-nak (beranak/bersalin),
La-den (layan; e disebut spt enak),
Wi-soh (basuh/cuci),
Je-reng/sam-pir (sidai; kedua e disebut spt enak),
Si-lo (duduk bersila/timpuh),
Le-bhok (letak; e disebut spt emak),
Ce-whok (cebok; e disebut spt enak),
A-dhol (jual),
Tu-ku (beli),
Pa-te-ni (mematikan; e disebut spt enak),
Mu-met (pening; e disebut spt emak),
Me-riang (demam),
Waras (baik/sihat),
Ka-get (terkejut; e disebut spt enak),
Ge-rem (geram; kedua e disebut spt emak),
Wa-tok (batuk),
Tu-ghel (patah; e disebut spt emak),
Nung-gang (naik/tunggang),
Me-le-bhu (masuk),
Me-tu (keluar),
Ma-leh (beralih/tukar; e bunyi spt enak),
Ngo-rok (berdengkur/berkeruh; kedua 0 bunyi spt obor),
Am-bhong (cium),
Me-le-set (tergelincir; e pertama bunyi spt emak,e kedua dan ketiga bunyi spt enak),
Re-wang (tolong/bantu; e bunyi spt enak),
Pi-dek (pijak; e bunyi spt emak),
Pi-jet (urut/picit; e bunyi spt emak),
Wa-lek/ke-wa-lek (terbalik; e bunyi spt enak),
Nong-krong (bertenggek; O bunyi spt obor),
Be-tah (tahan/selesa; e bunyi spt emak),
Gu-yu (ketawa/gelak),
Te-ko (sampai/tiba; e bunyi spt emak),
Te-kan (sampai/tiba; e bunyi spt emak),
Lu-ngo (pergi),
Ma-reng (pergi; e bunyi spt enak),
Ma-bor (terbang),
Mu-beng (pusing;e bunyi spt emak),
Kata Sifat:
Ge-dhi (besar; e disebut spt emak),
Ci-lik (kecil),
Le-mu (gemuk; e disebut spt emak),
Cen-dek (pendek; kedua2 e disebut spt emak),
Dho-wo (panjang),
Ce-pak (dekat; e disebut spt emak),
A-dhoh (jauh),
A-yu (cantik),
Gan-teng (handsome; e disebut spt emak),
Ban-cher (handsome; e disebut spt enak),
Le-gi (manis; e disebut spt emak),
A-sem (masam; e disebut spt emak),
Pait (pahit),
A-nyep (tawar; e disebut spt emak),
Cem-plang (terlalu tawar ; e disebut spt emak),
Pe-des (pedas; kedua2 e disebut spt emak),
A-pik (baik),
Pe-nak (selesa; e disebut spt enak),
Gam-pang (senang),
Pa-yah (susah),
A-ngel (susah; e sebut spt enak),
Tu-wek (tua; e disebut spt enak),
E-nom (muda; e disebut spt emak),
A-tos (keras),
Lu-mer (cair; e disebut spt enak),
Nga-ceng (tegang; e disebut spt emak),
Gem-pi (rangup; e disebut spt emak),
Le-mes (lembut/lemah; kedua2 e disebut spt emak),
Mun-jung (membukit/tinggi),
En-tek (habis; e pertama bunyi spt emak, e kedua - enak),
Sat (kering),
O-kheh (banyak; e bunyi spt enak),
Si-tik (sikit),
Lu-wes (luas; e bunyi spt emak),
Je-ru (dalam),
Je-ro (di dalam),
A-dhem (hangat; e bunyi spt emak),
U-rip (hidup/nyala),
Se-lep (tenggelam; kedua e bunyi spt emak),
Ke-lep (tenggelam; kedua e bunyi spt emak),
Ce-tek (cetek,kering; e pertama bunyi spt emak, e kedua enak),
Sekian dulu untuk bab kali ini... Ketemu Meneh..!!!
mybachelorman.blogspot.com

Monday, July 13, 2009

KENALI : Bahasa Jawa (Bab 2 - LORO)

Ok.. kalau anda semua dah tahu nak sebut tentang gelaran / panggilan serta bilangan angka dalam Bahasa Jawa (pasar), kali ni kita belajar pula beberapa perkataan lain mengenai "hari" serta "hari-hari kebesaran" dan apa sajer yang berkaitan dengan perayaan....
Kenali Hari:
Di-nho (hari);
Se-nen (Isnin, e-pertama bunyi spt emak, e-kedua bunyi spt enak),
Se-lo-so (Selasa),
Re-bho (Rabu),
Ke-myes (Khamis),
Je-muah (Jumaat),
Se-tu (Sabtu),
Nga-had (Ahad).
Hari-Hari Kebesaran:
Bo-dho / Ro-yo (Raya, lebaran),
Bodho Po-so (Raya Puasa),
Bodho Ka-ji (Raya Haji),
Royo Ci-no (Raya Cina),
Ba-ra'-an (Marhaban),
Ja-nur (daun kelapa muda),
Ku-pat (ketupat),
Le-pet (lepat; kedua-dua e disebut seperti emak),
Lek-lek-an (berjaga malam pd mlm raya),
Da-mar (pelita panjut),
Mun-jong (bertukar-tukar makanan petang sebelum raya),
Se-gho (nasi),
Nga-pu-ro (maaf),
An-dhong (obor),
Sam-bel (sambal; e bunyi spt emak),
Ja-ngan (sayur yang sudah dimasak),
Ung-kep (spt rendang; e disebut spt emak),
Lon-thong (nasi impit).
Kita sambung lagi dalam bab yang akan dtg ekkk...!!! Ketemu meneh (jumpa lagi).....
mybachelorman.blogspot.com

KENALI : Bahasa Jawa (Bab 1 - SIJI)

"Kabare...???" Hah... jangan tercengang plak, bila aku kuar bahasa Jerman nih..!!! Jawab jer.."Waras...".. maksudnya BAIK... Kabare tu adalah satu pertanyaan; "apa khabar...???"... Hehehehe, saja jer aku nak share dengan kawan2 semua mengenai keistimewaan bahasa ibunda aku iaitu Bahasa Jawa...

Aku dibesarkan dengan sihat dalam komuniti masyarakat Jawa @ JaWorld sedari bayi lagi... Keluar jer ke bumi dan celik mata, bahasa Jawa ler yang menjadi santapan telinga aku sampai ler ke bangke nih... Yang menariknya, telinga aku nih mcm piring Astro.... cepat betul tangkap kalau orang tu fasih atau tidak berbahasa Jawa...

Aku dulu tinggal ngan Atok aku di satu perkampungan Jawa yang terbesar di Johor di daerah Batu Pahat... Majoriti memanglah Jawa; percakapan, cara hidup dan apa sajalah semuanya Jawa.... Bahasa Jawa nih memang menarik, ada seninya dan sedap pertuturannya... Malang sekali, aku hanya tahu Bahasa Jawa (pasar) yang dituturkan oleh kebanyakan orang2 Jawa di negara kita... Sebab, ada satu lagi Bahasa Jawa yang cukup tinggi kualitinya iaitu "Jawa Halus" tidak dapat aku pelajari kerana bukan sajer susah malah kurang pengamalnya.... Jawa Halus biasanya ditutur oleh golongan2 tua untuk tujuan tertentu sajer, seperti meminang dan sebagainya... Selebihnya mereka akan bertutur dalam bahasa Jawa pasar....

Sampai sekarang, aku masih fasih berbahasa Jawa jika bertemu "buku dengan ruas"... Nasib baik Bahasa Melayu aku tak ler ada pelat Jawa.... heheehe.. dah moden kan... Aku biasanya guna bahasa Jawa bila bersembang dengan mak dan ayah aku... Lebih2 lagi bab2 private and confidential..... Mari kita kenal2 sket mengenai bahasa Jawa.
Panggilan dalam masyarat Jawa:
1. Ba-pak/Pa'eh-merujuk kepada abah, ayah (untuk Mak biasannya guna Mak gak)
2. Em-bah-untuk panggilan datuk (e-spt sebut emak; ada juga digunakan untuk nenek)
3. Nya-ie -untuk panggilan nenek (bukan Nyaie Blorong tuh...)
4. Ka-kang/Kang - abang (panggilan Mas tu, bahasa Indonesia)
5. Ba'yu/Yu - kakak
6. Lek-(e-disebut spt enak) pangkat pakcik/makcik yang lebih muda daripada ayah/emak
7. Wak - pangkat pakcik/makcik yang lebih tua daripada ayah/emak
Bilangan nombor dalam Bahasa Jawa:
1. Si-ji - satu
2. Lo-ro - dua
3. Te-lu - tiga
4. Pa-pat - empat
5. Li-mo - lima
6. Nem - enam (e - seperti sebutan emak)
7. Pi-tu - tujuh
8. Wo-lu - lapan
9. So-ngo - sembilan
10. Sploh - sepuluh.
Untuk kiraan angka "belas" pula, ia disebut begini;
Sblas (11), rong-las (12), telong-las (13), patang-las (14) limo-las (15), nem-blas (16) pitong-las (17), wolong-las (18), songo-las (19)...
Bagi kiraan "puluh" pula, begini bunyinya;
Rong-ploh (20), rong-ploh-siji (21) dan seterusnya ikut sebutan asal nombor-nombor tadi...
Telong-ploh (30), telong-ploh-siji (31).....
Patang-ploh (40), patang-ploh-siji (41)....
Limang-ploh (50), limang-ploh-siji (51)....
Nem-ploh (60), nem-ploh-siji (61)....
Pitong-ploh (70), pitong-ploh-siji (71)....
Wolong-ploh (80), wolong-ploh-siji (81)....
Sa-ngang ploh (90), sangang-ploh-siji (91)....
Satus (100), rong-atus (200), telong-atus (300)....
Sewu (1,000) rong-ewu (2,000), telong-ewu (3,000)
Juta aku tak tahu... heheehehe ... Itu saja untuk pengajian setakat ini... sambung lain nanti... Ketemu meneh !!! (jumpa lagi)
mybachelorman.blogspot.com