"Kabare...???" Hah... jangan tercengang plak, bila aku kuar bahasa Jerman nih..!!! Jawab jer.."Waras...".. maksudnya BAIK... Kabare tu adalah satu pertanyaan; "apa khabar...???"... Hehehehe, saja jer aku nak share dengan kawan2 semua mengenai keistimewaan bahasa ibunda aku iaitu Bahasa Jawa...
Aku dibesarkan dengan sihat dalam komuniti masyarakat Jawa @ JaWorld sedari bayi lagi... Keluar jer ke bumi dan celik mata, bahasa Jawa ler yang menjadi santapan telinga aku sampai ler ke bangke nih... Yang menariknya, telinga aku nih mcm piring Astro.... cepat betul tangkap kalau orang tu fasih atau tidak berbahasa Jawa...
Aku dulu tinggal ngan Atok aku di satu perkampungan Jawa yang terbesar di Johor di daerah Batu Pahat... Majoriti memanglah Jawa; percakapan, cara hidup dan apa sajalah semuanya Jawa.... Bahasa Jawa nih memang menarik, ada seninya dan sedap pertuturannya... Malang sekali, aku hanya tahu Bahasa Jawa (pasar) yang dituturkan oleh kebanyakan orang2 Jawa di negara kita... Sebab, ada satu lagi Bahasa Jawa yang cukup tinggi kualitinya iaitu "Jawa Halus" tidak dapat aku pelajari kerana bukan sajer susah malah kurang pengamalnya.... Jawa Halus biasanya ditutur oleh golongan2 tua untuk tujuan tertentu sajer, seperti meminang dan sebagainya... Selebihnya mereka akan bertutur dalam bahasa Jawa pasar....
Sampai sekarang, aku masih fasih berbahasa Jawa jika bertemu "buku dengan ruas"... Nasib baik Bahasa Melayu aku tak ler ada pelat Jawa.... heheehe.. dah moden kan... Aku biasanya guna bahasa Jawa bila bersembang dengan mak dan ayah aku... Lebih2 lagi bab2 private and confidential..... Mari kita kenal2 sket mengenai bahasa Jawa.
Panggilan dalam masyarat Jawa:
1. Ba-pak/Pa'eh-merujuk kepada abah, ayah (untuk Mak biasannya guna Mak gak)
2. Em-bah-untuk panggilan datuk (e-spt sebut emak; ada juga digunakan untuk nenek)
3. Nya-ie -untuk panggilan nenek (bukan Nyaie Blorong tuh...)
4. Ka-kang/Kang - abang (panggilan Mas tu, bahasa Indonesia)
5. Ba'yu/Yu - kakak
6. Lek-(e-disebut spt enak) pangkat pakcik/makcik yang lebih muda daripada ayah/emak
7. Wak - pangkat pakcik/makcik yang lebih tua daripada ayah/emak
Bilangan nombor dalam Bahasa Jawa:
1. Si-ji - satu
2. Lo-ro - dua
3. Te-lu - tiga
4. Pa-pat - empat
5. Li-mo - lima
6. Nem - enam (e - seperti sebutan emak)
7. Pi-tu - tujuh
8. Wo-lu - lapan
9. So-ngo - sembilan
10. Sploh - sepuluh.
Untuk kiraan angka "belas" pula, ia disebut begini;
Sblas (11), rong-las (12), telong-las (13), patang-las (14) limo-las (15), nem-blas (16) pitong-las (17), wolong-las (18), songo-las (19)...
Bagi kiraan "puluh" pula, begini bunyinya;
Rong-ploh (20), rong-ploh-siji (21) dan seterusnya ikut sebutan asal nombor-nombor tadi...
Telong-ploh (30), telong-ploh-siji (31).....
Patang-ploh (40), patang-ploh-siji (41)....
Limang-ploh (50), limang-ploh-siji (51)....
Nem-ploh (60), nem-ploh-siji (61)....
Pitong-ploh (70), pitong-ploh-siji (71)....
Wolong-ploh (80), wolong-ploh-siji (81)....
Sa-ngang ploh (90), sangang-ploh-siji (91)....
Satus (100), rong-atus (200), telong-atus (300)....
Sewu (1,000) rong-ewu (2,000), telong-ewu (3,000)
Juta aku tak tahu... heheehehe ... Itu saja untuk pengajian setakat ini... sambung lain nanti... Ketemu meneh !!! (jumpa lagi)
mybachelorman.blogspot.com
No comments:
Post a Comment