Sunday, September 12, 2010

MENGAPA PADA WAKTU PERAYAAN RAMAI YANG TERKORBAN...

Suami Isteri Maut, Tiga Cedera Dalam Nahas Kereta Dan Bas Ekspress

RAUB, 12 Sept (Bernama) -- Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspress di KM358 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu, Sabtu petang. Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Adnan Ahmad, 43, dan isterinya, Adira Akhlak Ahmad, 36.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang. Proton Wira yang dinaiki lima beranak itu dikatakan terbabas sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan ke arah Kuala Lumpur. "Bas ekspres berkenaan tidak berpenumpang, pemandu bas berkenaan hanya cedera ringan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Wan Mohd Samsuddin berkata mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala, tengkuk dan badan. Dua anak lelaki mangsa berumur 13 dan 14 tahun serta seorang anak perempuan mangsa berusia tujuh tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Raub.

"Mangsa berasal dari Ketereh, Kelantan dan dikatakan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga di Kelantan," katanya.


-- BERNAMA


15 lagi maut pada hari kesembilan Ops Sikap Ke-22

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Lima belas kematian dicatat pada hari kesembilan Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi sempena Hari Raya Aidilfitri itu bermula 3 September meningkat kepada 154 orang. Menurut laman web Polis Diraja Malaysia, penunggang motosikal paling banyak terkorban berbanding pengguna kenderaan lain iaitu seramai 10 orang, manakala pengguna kereta yang terbunuh pula ialah dua orang, diikuti pejalan kaki iaitu tiga orang.

Selain itu, 1,030 kemalangan dilaporkan berlaku semalam iaitu 78 di lebuh raya, 464 di jalan persekutuan, 213 jalan negeri, 219 jalan bandaran dan 56 lagi di jalan-jalan lain. Sejumlah 5,878 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya. – Bernama

[[ APA KATA MY|BACHELORMAN : Entahlah, dah bertahun-tahun benda yang sama berlaku.. tapi tetap terus berlaku.. Tak tahu mana yang silap... Pihak kerajaan dah puas buat macam-macam, kuatkuasakan undang-undang dan banyak lagi... Bagi penulis, semua sebab "sikap" yang tak pernah yang berubah dan serik dengan apa yang berlaku.. Sikap pemandu.... ]]