Setelah dua hari aku berkampung di PD sempena Pertandingan Berbalas Pantun Antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) 2009, maka tirai pertandingan peringkat saringan dan suku akhir pun dilabuhkan.... 4 pasukan daripada 27 pasukan IPGM seluruh Malaysia yang menyertai pertandingan ini layak ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada Oktober nanti... Seterusnya juara akan diketahui dalam pertandingan akhir pada tarikh tersebut.
IPGM yang layak ialah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah; IPGM Kampus Darul Aman,Kedah; IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan,Pahang dan IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi di masa akan datang kepada yang tewas... Adat bertanding, ada kalah dan ada menang...
Secara keseluruhannya, berdasarkan pengamatan aku selaku antara panel hakim yang terlibat... penganjuran buat kali yang ketiga ini dianggap terbaik dan tersusun.. Setiap venue pertandingan berjalan lancar tanpa sebarang masalah... Bagaimanapun sedikit masalah teknikal yang berlaku, tidakpun mencacatkan keseluruhan pertandingan ini.. Syabas buat penganjur iaitu IPGM Bahasa Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aku (berbaju batik hijau) bersama Ketua Hakim En. Hanafi (DBP) dan Datin Sabariah (bekas Pengetua) ketika mengadili salah satu pertandingan peringkat saringan.
Sedang mengira markah keseluruhan, setelah mengambil kira aspek isi, bahasa dan persembahan untuk menentukan pemenang... Gigil juga nak kira, takut salah tekan nombor pada kulkulator
Salah satu pertandingan peringkat saringan yang menemukan IPGM Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat dan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru... Dua-duanya dari Johor... Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi mereka tahun ini....
Bersantai seketika untuk menunggu giliran menjadi hakim bagi pertandingan peringkat seterusnya.....
Semoga berjaya kepada 4 pasukan yang layak ke pertandingan seterusnya di Bumi Kenyalang nanti.... Sirih berlipat, pinang berkacip.
Dalam tenun ada gangsa,
Dalam gangsa ada sutera,
Dalam pantun ada bahasa,
Dalam bahasa ada bicara.
mybachelorman.blogspot.com
tan ti tun,
ReplyDeletewah bestnya jadi juri pantun.
hahah. ada gaya seorang pemantun yang berjaya tak bang?
mekar serasi rimbunan pedada,
ReplyDeletetempat kenari teduh di laman,
puisi tradisi warisan ibunda,
bersama lestari sepanjang zaman.
Zul Hazmi Hamad
Pemantun 2008 (Kuala Lumpur)
IPGM KTB
www.zulhazmihamad.blogspot.com