Saturday, November 21, 2009

RTM PSJP 2010-2020 : KAMI PECAH KEPALA

Bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Tengah (INTENGAH), Kuala Lumpur... beberapa orang pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkampung bagi mencari dan memantapkan hala tuju Pelan Strategik Jangka Panjang (PSJP) RTM / Jabatan Penyiaran Malaysia bagi tahun 2010-2020. Bengkel yang diadakan selama 1 hari setengah bermula petang semalam (20.11.2009) memang memenatkan. Mana tidaknya, kami berhempas pulas memikirkan apa yang perlu dilakukan oleh Jabatan atau RTM untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Bengkel dikendalikan oleh Dr. Ahmad Jailani Mohamed Yunus, Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik RTM yang baharu. Walaupun bengkel ini memenatkan kepala masing-masing tetapi amat menyeronokkan kerana dibuat dalam suasana yang cukup santai. Setelah berhempas pulas, akhirnya beberapa Teras dan Dasar Strategi dapat dihasilkan dalam satu jangka masa yang cukup singkat. Bengkel susulan akan diadakan secara berperingkat bagi memurnikan lagi PSJP ini sebelum dibawa ke Mesyuarat Pengurusan Strategik Jabatan pada 18 - 21 Disember nanti.


Dr. Ahmad Jailani sedang mengendalikan perbincanan mengenai PSJP. Ahli yang terlibat dari kanan (duduk): Pn. Zainab (Promo), Pn. Azizah (Pengarah RTM Kelantan), Pn. Mazura (Antarabangsa), Dr. Rohmad (Kejuruteraan) dan En. Magli (Kejuruteraan)


Turut mengambil bahagian; En. Jack Nadarajah (Strategik), En. Lukman (MDI) dan Pn. Norliza (Strategik merangkap penganjur)


Hadir sama; Dr. Shafiq (Strategik), Pn. Sharifah (Pengurusan), Cik Husner (RND), Puan Ngani dan wakil urusetia.


Dr. Shafiq dengan khusyuknya dalam salah satu sesi perbincangan sedang memikirkan input-input yang perlu dimasukkan dalam PSJP ini.

Aku macam biasalah, tetap rileks walaupun kepala memang tengah serabut.. huhuhuhu..

( mybachelorman.blogspot.com )

Friday, November 20, 2009

MENITI PERUBAHAN ZAMAN : AKU DULU & KINI

Salam JUMAAT buat semua...

Pagi yang indah di hari yang mulia ini, terasa benar ketenangannya hingga membuatkan aku leka melalui hari-hari semalam. Bertemankan dendangan lagu-lagu nostalgia lama, bagaikan aku kembali kepada kisah dan sejarah silam yang sudah agak lama aku tinggalkan.

Kalau dulu, pagi-pagi begini memang terasa sejuk menggigit tulang-temulang ketika waktu di kampung bersama keluarga. Berebut-rebut selimut dari seorang kepada seorang menahan kesejukan, bagaikan menjadi amalan setiap malam. Siapa yang kuat, dialah yang akan berselubung keenakan merasai hangatnya selimut yang hanya selembar. Itu kisah aku di kala umur kanak-kanak. Kini masing-masing sudah ada selimut sendiri yang tebal-tebal.

Mencoret kisah silam, bagaikan satu pita rakaman video sedang berlegar di benak fikiran. Sebut apa sahaja peristiwa dan kenangan, semuanya masih segar dalam rakaman fikiran. Semalam, baru sahaja keputuan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan di seluruh negara. Menariknya ketika peperiksaan ini diperkenalkan pada tahun 1988, aku menjadi perintis kedua selepas peperiksaan Penilaian Darjah 5 dimansuhkan.

Aku adalah generasi kedua (tahun kedua) sistem sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. Masa itu satu benda pun aku kurang pasti akan kehendak kerajaan memperkenalkan KBSR. Yang penting bagi aku, datang sekolah awal dan balik apabila loceng berbunyi. Aku masih ingat lagi ketika menduduki peperiksaan ini pada tahun 1989 iaitu 20 tahun yang lalu. Peperiksaan dijalankan selama 3 hari untuk 4 kertas iaitu kertas Bahasa Malaysia 1 (Objektif), kertas Bahasa Malaysia 2 (Karangan), kertas Bahasa Inggeris dan kertas Matematik. Ini bermakna, target setiap pelajar adalah untuk mendapatkan 4A berbanding 5A dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5 sebelum ini.

Bukan persoalannya apa keputusan UPSR yang aku diperolehi ketika itu, tetapi sekadar merenung antara perubahan zaman anak-anak Malaysia yang menduduki peperiksaan tersebut antara tahun 1989 berbanding 2009 kini. Memang jauh bezanya. Dahulu, segala kekuatan pelajar untuk menempuh peperiksaan bergantung penuh kepada usaha guru-guru. Pelajar sekadar mengadaptasi apa yang mereka pelajari. Kalau mereka faham semasa di kelas, senanglah menjawab soalan-soalan yang dicetak pada kertas bersaiz A4 berwarna biru muda itu.

Tetapi hakikatnya pada masa kini, usaha tersebut sudah luas skopnya melibatkan peranan banyak pihak. Ibubapa terutamanya menjadikan kelas-kelas tambahan atau tuisyen sebagai medium untuk mendalami pengetahuan anak-anak. Jika dulu, inisiatif guru amat kuat untuk mengadakan kelas-kelas malam yang lazimnya diadakan antara jam 8.00 hingga 10.00 malam. Masih segar dalam ingatan aku, selepas menunaikan solat Maghrib di surau berhampiran sekolah dengan berbaju Melayu, bersongkok dan berkain gombang pelikat terus sahaja ke kelas malam semata-mata demi mendapatkan sedikit ilmu tambahan dan latihan menjawab soalan peperiksaan daripada apa yang diperoleh dalam kelas biasa pada waktu siang.

Memang jauh bezanya antara dahulu (1989) dan sekarang (2009). Kalau dahulu kami masih tidak mengetahui apa itu komputer atau internet di peringkat sekolah rendah. Tetapi kini, anak-anak seawal usia 6 dan 7 tahun sudah boleh melayari laman sesawang (website) untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Itu belum lagi yang bakal menduduki UPSR. Sudah pasti internet menjadi pilihan mereka untuk mendapatkan pelbagai maklumat tambahan. Betapa beruntungnya mereka pada masa kini.

Walau apapun itu cerita dahulu. Kata orang-orang tua; lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Kalau dulu hendak mendengar anak kampung yang mendapat 4A memang boleh dikira dengan jari. Sekarang, jumlahnya Masya-Allah berlipat kali ganda.

Sekadar merakamkan penghargaan buat mengenang beberapa orang guru yang pernah menabur jasa dan bakti kepada aku dan kawan-kawan antara tahun 1984 - 1989. Terima kasih Cikgu Mohkhilas Hamsin, Cikgu Hamidah Mardi, Cikgu Noraini Wahid, Cikgu Zainon, Cikgu Kassim Dahalan, Cikgu Sariani Sarman dan ramai lagi di Sekolah Kebangsaan Seri Ladang, Rengit Batu Pahat, Johor. Sekali lagi TERIMA KASIH CIKGU... (Kepada yang telah pergi, Al-Fatehah dikirimkan semoga roh cikgu ditempatkan di kalangan orang yang beriman)...

Kepada rakan-rakan lama dari Tahun 1 (1984) - Tahun 6 (1989) di SKSL, teruskan perjuangan anda untuk menjadi rakyat Malaysia yang berjaya. Antaranya; Baharin Mesir, Mayawerda Mohd Salleh, Suzilawati Baharuddin, Mohd Khairul Syah Hamdan, Norazman Abdul Rahman, Mohd Tajul Ariffin Abdul Rahman, Fieda Attrah Mohammed, Azianerdawati Kasimin, Zulina Sejo, Hanim Khanafi, Azman Fadillah, Hamidah Khamis, Siti Suziana Rubai, Mohd Azri Ishak dan mereka-mereka yang pernah belajar sekelas dengan aku... Selamat Maju Jaya.

( mybachelorman.blogspot.com )

Thursday, November 19, 2009

MENGAPA PERPISAHAN YANG KAU PINTA.....

Salam hormat kepada semua geng di blog ini...
Rasanya dah lebih 3 bulan aku tak post apa-apa cerita di blog nih, sebab entah kenapa pun aku tak tahu... Mungkin sibuk sejak aku pindah di opis baru nih... Yeler, kali terakhir aku send post pada 3 Ogos... kemudian aku bertukar ke opis baru pada awal puasa hari tu....

Sejak tu, langsung tak ada masa nak tulis apa-apa kat blog ni... kerana pagi petang siang malam bagi aku abiskan dengan menyiapkan kerja-kerja di pejabat... Kiranya, dedikasi amatlah tinggi melangit... Tapi entah kenapa, hari ni plak aku tergerak hati nak menghantar post... Bukanlah tak ada kerja, sebenarnya hari ni aku emergency ambil MC sebab terlalu penat sgt.... Badan rasa sakit2 aaaa....

Nasib baik boss faham dan bagi aku released sehari untuk berehat... Tapi dalam pukul 6.00 petang, my boss call tanya itu dan ini mengenai hal pejabat... So aku terpaksa aaaa dtg jenguk apa yang berlaku... Memang ada benda yang penting nak diselesaikan.... Nasib baik aku dtg gak,,, kalau tak kesian jugak boss aku....

Masa post ini ditulis 19 November 2009 (Khamis), jam nak menunjukkan pukul 9.40 mlm... Aku jugak yang sorang2 stay kat pejabat dengan hanya mengenakan t-shirt dan jeans saja... Banyak benda nak kena settle... dan bila dah selesai, teringat pulak kat blog personel aku nih yang tak berkurun tak bukak... hehehehehehe

Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta :

Ehhh..!!! Kenapa plak tetiba timbul frasa ni yang sengaja aku ambil daripada judul lagu kumpulan Flybits.... Saja jer kot.... Saja nak wat gempaq...!!! Har har har....

Entahlah, kepada yang memahami... sure dia akan memahami... Agaknya kot.... Harap2 dia faham lah....

Oklah, nak bersiap balik... see u aaaaaa


( mybachelorman.blogspot.com )

Monday, August 03, 2009

AKU : Lesen Memandu Hilang...!!!

Hari ni amat memenatkan sekali.... Malam tadi, sebelum tidor.... baru aku perasan driving license aku miss place... Tetiba plak tak ada dalam wallet.... Aku pun tak tahu, dah berapa lama tak ada dalam simpanan aku... huhuhu.... Aku cuba ingat balik kalau2 aku tersilap letak.... Tapi memang tak ingat langsung.... Tercicir agaknya.....

Bahaya jugak, sebab sebelum ni aku banyak keluar dan x perasan lesen aku dah tak ada.... Nasib baik tak jadi apa2..... So, pagi tadi bekerja keraslah aku keluar untuk membuat lesen yang baru... Berpeluh gak.... Langkah pertama; buat report polis dulu...

Mula-mula aku buat report lesen hilang di Ibupejabat Polis IPD Petaling Jaya... nasib baik balai polis nih... betul2 sebelah dengan bangunan opis aku (Menara PKNS-PJ)

Ini ler surat report aku... Terima kasih kepada front-liner yang bertugas kat IPD Petaling Jaya pagi tadi.... Sangat mesra... Sesuai dengan slogan mereka MESRA, CEPAT, BETUL.....


Dekat kedai gambar semasa tunggu gambar "saiz lesen" aku siap......

Suasana di kaunter JPJ Petaling Jaya.... Nasib baik tak ramai.. Fuhhhh legaa....!!!!

Nombor giliran aku semasa di JPJ --> 1064.... Nombor terkini 1047.... Orang tak ramai, kira ok ler just tunggu around 10 minit.....


Akhirnya... lesen memandu aku pun siap tanpa sebarang bayaran.... Hehehehe dah tak risau dah...

mybachelorman.blogspot.com

Thursday, July 23, 2009

AKU : JURI PANTUN IPGM 2009

Setelah dua hari aku berkampung di PD sempena Pertandingan Berbalas Pantun Antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) 2009, maka tirai pertandingan peringkat saringan dan suku akhir pun dilabuhkan.... 4 pasukan daripada 27 pasukan IPGM seluruh Malaysia yang menyertai pertandingan ini layak ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada Oktober nanti... Seterusnya juara akan diketahui dalam pertandingan akhir pada tarikh tersebut.

IPGM yang layak ialah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah; IPGM Kampus Darul Aman,Kedah; IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan,Pahang dan IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi di masa akan datang kepada yang tewas... Adat bertanding, ada kalah dan ada menang...

Secara keseluruhannya, berdasarkan pengamatan aku selaku antara panel hakim yang terlibat... penganjuran buat kali yang ketiga ini dianggap terbaik dan tersusun.. Setiap venue pertandingan berjalan lancar tanpa sebarang masalah... Bagaimanapun sedikit masalah teknikal yang berlaku, tidakpun mencacatkan keseluruhan pertandingan ini.. Syabas buat penganjur iaitu IPGM Bahasa Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aku (berbaju batik hijau) bersama Ketua Hakim En. Hanafi (DBP) dan Datin Sabariah (bekas Pengetua) ketika mengadili salah satu pertandingan peringkat saringan.

Sedang mengira markah keseluruhan, setelah mengambil kira aspek isi, bahasa dan persembahan untuk menentukan pemenang... Gigil juga nak kira, takut salah tekan nombor pada kulkulator

Salah satu pertandingan peringkat saringan yang menemukan IPGM Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat dan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru... Dua-duanya dari Johor... Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi mereka tahun ini....

Bersantai seketika untuk menunggu giliran menjadi hakim bagi pertandingan peringkat seterusnya.....


Semoga berjaya kepada 4 pasukan yang layak ke pertandingan seterusnya di Bumi Kenyalang nanti.... Sirih berlipat, pinang berkacip.

Dalam tenun ada gangsa,
Dalam gangsa ada sutera,
Dalam pantun ada bahasa,
Dalam bahasa ada bicara.

mybachelorman.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

AKU : DATANG PD LAGI....

Hai...!!! Aku datang PD (Port Dickson) lagi.... Hmmmm, rasanya belum pun sampai sebulan aku ada post pasal cerita gi picnic kat PD yang sampaikan aku kena "sunburn" teruk hari tu... Tapi kali ni, kunjungan aku ke PD bukan sebab picnic, tapi ada kerja yang aku kena buat... Kerja apa tuh..???

Sebenarnya, aku dipilih oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur sebagai juri bagi Pertandingan Berbalas Pantun Antara IPGM Se-Malaysia Kali Ke-3, 2009.... Aku difahamkan ada 27 buah IPGM seluruh Malaysia menyertai pertandingan ini... Apa itu IPGM...??? Alah... Maktab Perguruan ler.... setelah dinaiktaraf kepada institut ia dikenali sebagai IPGM. Secara tak langsung, baru aku tau kat Malaysia nih ada 27 Maktab Perguruan semuanya.....

Menariknya, penglibatan para hakim atau juri kali ini bukan sahaja melibatkan pensyarah maktab dan guru-guru sekolah, malah pihak penganjur turut mengundang pemantun-pemantun kementerian yang pernah banyak kali menjadi Juara Pantun antara Kementerian. Jadi.. aku ngan geng2 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah antara calon-calon yang disebut-sebut oleh pihak DBP untuk hadir sebagai hakim... Kira naik taraflah sket... Kalau dulu asyik duduk kat meja peserta jer dan orang lain menilai kita, kali ni baru berpeluh ketiak kami sebagai pengadil plak.... Bukan calang-calang beb...!!! Ini pertandingan peringkat kebangsaan wooo.... dan pesertanya merupakan bakal-bakal cikgu....

Maka, berkampunglah kami kesemua peserta, hakim dan urusetia (DBP & IPGM) di Hotel Golden Straits Villa Resort, Port Dickson.... Venue pertandingan ada lima tempat; 2 di hotel ni sendiri dan 3 lagi di sekolah menengah sekitar PD... Selain aku mewakili kementerian, turut datang ngan muka slamberrr... Tn Hj. Chuari Selamat (Klasik Nasional).. alah yang selalu jadi jurupantun (pengacara) pertandingan akhir Pesta Pantun Sekolah-Sekolah, IPT dan mcm2 pertandingan pantun yang lain.... Nor Hanah Nordin (DJ Hana, MuzikFM) dan Salbiah Sharif (SelangorFM)... kedua-dua minah nih popular gak di stesen masing-masing... Aku jer yang tak ada stesen radio.... Stesen janakuasa elektrik pun jadi lerrr.... kih kih kih....


Pemandangan sekitar kawasan Hotel Golden Straits Villa, PD dari balcony tempat aku menginap... Ia berkonsepkan apartment... dalam satu rumah ada tiga bilik...

Kita tinggal jap citer pasal pertandingan nih dulu... Next post aku akan ceritakan... Cuma kali nih aku nak share mengenai aktiviti kami pada hari pertama Sesi Pendaftaran / Taklimat pada 20 Julai 2009 (Isnin).... Dah nama pun datang PD, aktiviti wajib lepas habis semua sesi taklimat dan bengkel untuk hakim.... Aku, Sal dan Hana pun berlibur sakan di pekan PD nih....

Inilah dia Hana (kiri) dan Sal (kanan) dengan aksi manjer nyerrr... !!!

Jalan-jalan jumpa gerai durian... Apa lagi... serbuuuu....!!!

Durian kampung dari Lukut; kata penjualnya.... Sodappppp ooooooo !!!!

Rambutan menambah lagi selera kamii....!!!

Hah...!!! kepada yang tak tahu... Yang berkulit keras macam rambutan ni dipanggil pulasan... Lama dah tak makan buah nih, kalau nak makan kena pulas kulitnya...... Sebab tu, dipanggil pulasan... heheheehe


Selepas menyental buah-buahan tadi... Apa plak bazar jual kraftangan dan mcm2 di sebelahnya... Jadi, cucilah mata.... tak beli apa pun....

Tetiba jumpa plak outlet Sate Kajang Haji Samuri kat PD, apa lagi.... singgah ler kami dan membaham sate2 yang ada..... hahahahahahaha !!!

(mybachelorman.blogspot.com)

Saturday, July 18, 2009

AKU : SEDIA BERUNDUR JIKA INI YANG TERBAIK

Aku yang memulakan, biarlah aku juga yang mengakhirinya kalau ini jalan yang terbaik... Mungkin posts aku kali ini agak pelik bunyinya, tetapi demi maruah dan menjaga hati pihak yang terlibat... biarlah aku yang mencari jalan penyelesaiannya....

Tidak siapa pun di dunia ini suka akan perpisahan, malah tidak siapa pun suka akan kekecewaan... Tapi, semua ini aku akui berpunca daripada sikap dan tindakan aku juga... Akulah punca dan penyebab semua ini... Kalau sekali dua tak apa...!!! Da
h masuk kali keempat dah, aku terus membuat kesilapan yang sama... Aku tahu, betapa hancur dan luluhnya hati orang yang terlibat...

Dalam hal ini, aku rasa aku amat kejam sekali kerana sanggup mempermainkan perasaan orang yang betul-betul sayang dan setia.... Entahlah, aku sendiri pun tak tahu apa yang aku buat sebenarnya... Aku juga tak tahu apa yang aku cari selama ini, hingga benar-benar menyentuh hatinya... Nak minta maaf, dah masuk kali ketiga dia maafkan aku... dan beri aku peluang... Masalahnya ini dah masuk kali keempat...!!!! Fuuhhhhh....!!!

Terus terang, aku akui aku yang silap...!!! Aku mintak maaf zahir dan batin (mcm klise jer)... Dan aku pun dah tunaikan apa yang dia nak aku buat.... Hanya dia yang tahu..!!! Harap dia berpuas hati dan sedia maafkan aku...

Seriously, hati aku juga semakin tawar dengan apa yang berlaku... Bukan bermaksud aku tidak menyayangi dan menyintai dirinya... Tapi aku kesal dengan apa yang berlaku hingga dia sekarang sudah hilang kepercayaan 100% kepada aku... Bukan itu sahaja, dia dah tak nak bercakap langsung dengan aku... Takper lah, mungkin cara ini buat dia selesa... aku ikutkan saja....

Hati aku masih padanya... Hati aku juga masih kuat untuk terus menyayangi dan mencintai dirinya... Walaupun selepas ini, jika aku tiada lagi dihatinya... aku tetap akur... semoga dia berpuas hati dan terbalas segala kesakitan, keperitan dan kepedihan yang dialami....

a
Aku sebenarnya nak minta maaf berpuluh-puluh kali pun dah tak guna, sebab dia tak akan mempercayai aku lagi.... Biarlah aku begini...!!! Biarlah aku yang menanggung balasan dan akibatnya.... Yang penting, aku telah buat apa yang dia nak... Walupun sebelum ini aku tak pernah ambil peduli, jika ada yang nak aku buat seperti mana yang dia mahukan.... Hanya dia yang tahu..!!!

Baiklah...., kalau begini jadinya biarlah aku saja yang mengundur diri... Jika dia masih sayangkan dan cintakan aku... pasti dia akan datang kepada aku juga suatu masa nanti.. Kalau ada tu adalah, kalau tak ada aku anggap dah tak ada rezeki.... Untuk aku pergi kepadanya lagi, tak mungkin.... sebab aku TERLALU MALU...!!!! sebab orang dah tak nak....!!!! Buat apa aku nak menyakitkan hatinya lagi, buat apa aku nak keruhkan lagi keadaan... Cukuplah maki-hamun dia pada aku... sedangkan aku tak pernah sekalipun berkasar dengan dia.. apatah lagi nak meninggikan suara...

Cukuplah... cukuplah... Aku harap selepas ini, dia akan tenang dan setenang-tenangnya tanpa aku yang mengganggu ketenangannya lagi....

Dan ini message terakhir dia smskan kepada aku tadi, kira-kira pukul 2.07pm yang membuatkan aku berfikir panjang dan menulis dalam blog ini;

Ok, juz xde mOod nk msg lg..
Arap paham...
Jgn reply...

KHAS UNTUKMU:
Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintai aku
Dan semua hatiku
Karena takkan pernah kau temui
Cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah
Mencuba kembali padamu

Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku tlah mati
Untuk menyadarinya
Semoga saja kan kau dapati
Hati yang tulus mencintaimu
Tapi bukan aku.....


mybachelorman.blogspot.com