Bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Tengah (INTENGAH), Kuala Lumpur... beberapa orang pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkampung bagi mencari dan memantapkan hala tuju Pelan Strategik Jangka Panjang (PSJP) RTM / Jabatan Penyiaran Malaysia bagi tahun 2010-2020. Bengkel yang diadakan selama 1 hari setengah bermula petang semalam (20.11.2009) memang memenatkan. Mana tidaknya, kami berhempas pulas memikirkan apa yang perlu dilakukan oleh Jabatan atau RTM untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Bengkel dikendalikan oleh Dr. Ahmad Jailani Mohamed Yunus, Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik RTM yang baharu. Walaupun bengkel ini memenatkan kepala masing-masing tetapi amat menyeronokkan kerana dibuat dalam suasana yang cukup santai. Setelah berhempas pulas, akhirnya beberapa Teras dan Dasar Strategi dapat dihasilkan dalam satu jangka masa yang cukup singkat. Bengkel susulan akan diadakan secara berperingkat bagi memurnikan lagi PSJP ini sebelum dibawa ke Mesyuarat Pengurusan Strategik Jabatan pada 18 - 21 Disember nanti.
Dr. Ahmad Jailani sedang mengendalikan perbincanan mengenai PSJP. Ahli yang terlibat dari kanan (duduk): Pn. Zainab (Promo), Pn. Azizah (Pengarah RTM Kelantan), Pn. Mazura (Antarabangsa), Dr. Rohmad (Kejuruteraan) dan En. Magli (Kejuruteraan)
Turut mengambil bahagian; En. Jack Nadarajah (Strategik), En. Lukman (MDI) dan Pn. Norliza (Strategik merangkap penganjur)
Hadir sama; Dr. Shafiq (Strategik), Pn. Sharifah (Pengurusan), Cik Husner (RND), Puan Ngani dan wakil urusetia.
Hadir sama; Dr. Shafiq (Strategik), Pn. Sharifah (Pengurusan), Cik Husner (RND), Puan Ngani dan wakil urusetia.
Dr. Shafiq dengan khusyuknya dalam salah satu sesi perbincangan sedang memikirkan input-input yang perlu dimasukkan dalam PSJP ini.
Aku macam biasalah, tetap rileks walaupun kepala memang tengah serabut.. huhuhuhu..
( mybachelorman.blogspot.com )
( mybachelorman.blogspot.com )
Shahri, bagus entri hang ni. Amat berguna untuk kami yang jauh dari ibu pejabat. Saya akan promote blog kamu ni kat kawan2. Tulislah lagi cerita-cerita menarik khususnya tentang pengstrukturan, peluang naik pangkat dll.
ReplyDelete