Monday, August 23, 2010

BILA AGAMA DIPERSENDAKAN LAGI... NA'UZUBILLAH !!!

Isu doa khutbah Jumaat: Khatib dijangka beri penjelasan esok

GEORGETOWN 23 Ogos – Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini, dijangka memberi penjelasan berhubung perkara itu esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria berkata, Zakaria Ahmad akan membuat penjelasan itu kepada barisan panel termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan MAIPP.

"Alhamdulillah, individu yang dilibatkan itu juga telah membuat pengakuan tentang beliau yang membaca doa yang disebut itu dan bagi pihak kami pula akan mendengar penjelasannya esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ellias berkata, walaupun segala maklumat yang diperlukan sudah dikumpul, namun sehingga hari ini, MAIPP dan JHEAIPP masih belum memperoleh ayat atau perkataan sebenar yang digunakan Zakaria dalam khutbah tersebut.

Katanya, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad yang juga pengerusi jawatankuasa bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat di negeri itu, tidak akan menghadiri sesi tersebut kerana mempunyai urusan lain.

Sesi penjelasan itu akan diadakan 2.30 petang di Pejabat JHEAIPP di Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang terletak di Lebuh Pantai di sini.

Semalam, Zakaria mengakui tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doanya pada khutbah berkenaan.

Beliau memberi alasan bahawa beliau mendoakan kesejahteraan semua pemimpin dalam khutbah kedua solat Jumaat itu, termasuklah Yang di-Pertuan Agong.

Minggu lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong.

- Bernama -

[[ APA KATA MY|BACHELORMAN : Tak mustahil bila LGE mati nanti, orang kita akan bacakan talkin dan buat tahlil khas untuknya... siap baca Yasin... Masya Allah. Memang benarlah petanda2 dunia nak kiamat... Wallahualam bisawwaf ]]

MAY ALLAH BLESS YOU...

KAJANG: A 5-year-old boy, who fell into a coma five years ago when he was thrown off a swing at a daycare centre in Semenyih, has died.

Akmal Haris Shamsul Anuar was only 3 months old when the incident happened on Sept 7, 2005.

He died at his home in Taman Desa Mewah, Semenyih, at 5am yesterday.

According to Akmal's mother, 39-year-old Rozarina Bukhari, she woke up at 4am for sahur but did not check on the child, assuming that he was still sound asleep.

However, she was told by her husband, who woke up to check on him an hour later, that their son had died.

"I was shocked over the news. So, I rushed to check on his pulse but to my despair, he had left me," she said yesterday.


Akmal's body was taken to the Semenyih mosque before being buried at Sungai Lalang Muslim cemetery.

The child was reported to have had a hard life, undergoing at least 11 operations, including one to remove his leg due to gangrene.

He also had eye operations because of bacterial infections on his corneas after the accident.

[[ APA KATA MY|BACHELORMAN : AL-FATEHAH to Akmal Haris Shamsul Anuar. May Allah Bless Him... ]]


Saturday, August 21, 2010

SINGAPURA YANG PERNAH DILANGGAR TODAK...

SINGAPURA, 20 Ogos 2010 (Bernama) - Pada malam pembukaan Sukan Olimpik Remaja yang julung kali diadakan minggu lepas, tuan rumah Singapura mendedahkan kepada dunia kisah kejayaan negara bandar raya ini untuk berkembang daripada sebuah pelabuhan perdagangan pada abad ke-19, hingga menjadi sebuah metropolis serba canggih hari ini.

Melalui persembahan pentas dan klip video selama lapan minit, berjuta-juta penduduk dunia yang menyaksikan siaran langsung acara itu melalui televisyen dihidangkan dengan kisah kejayaan serta keazaman mendalam dan keperitan yang dilalui pemimpin dan penduduk republik ini untuk membangunkan negara mereka.

Pemandangan para buruh membanting tulang untuk memikul barang dari tongkang, sungai yang tercemar, sampah yang bersepah di jalan raya, keperitan para pekerja yang terpaksa memerah keringat di tapak pembinaan, penduduk miskin menjalankan tugas harian, hinggalah kepada para pemimpin yang turun padang untuk bertemu rakyat, semuanya dipaparkan dengan begitu jelas.

Oleh kerana dihimpit pelbagai kekurangan berikutan pemisahannya dengan Malaysia dan tidak memiliki sebarang sumber asli, kecuali kawasan tanah yang terhad selepas mencapai kemerdekaan pada 1965, Singapura dan penduduknya telah memanfaatkan apa jua sumber yang dimilikinya untuk membangunkan negara mereka hinggalah menjadi apa yang wujud sekarang.

Pada perarakan hari kebangsaan yang berlangsung pada 9 Ogos untuk menyambut ulang tahun ke-45 kemerdekaan Singapura, republik ini mempamerkan pencapaian gemilangnya, termasuk pameran besar-besaran yang julung kali diadakan bagi menampilkan kehebatan dan kekuatan Angkatan Tentera Singapura.

Deretan lebih 200 kenderaan tentera -- daripada kereta kebal Leopard terkini yang serba canggih hinggalah kepada kenderaan berperisai pengangkut meriam dan sistem senjata pertahanan buatan tempatan -- memenuhi venue sambutan, yang mengagumkan rakyat tempatan dan warga asing.

Beberapa buah pesawat Tentera Udara Singapura, termasuk jet pejuang F-15SG buatan Amerika dan pesawat Sistem Amaran Awal dari Udara Gulfstream 550 yang baru dibeli republik ini, turut mengaum di udara untuk mempamerkan ketangkasannya dalam melindungi ruang udara negara ini daripada sebarang ancaman musuh.

Dua acara itu bolehlah disimpulkan sebagai cara Singapura untuk menyatakan kepada dunia tentang betapa jauh dan pesat kejayaan yang dicapainya sejak ia terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan 45 tahun lepas sebagai sebuah pusat perdagangan lama, sebelum berjaya mencapai status negara bandar raya serba moden sekarang.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyatakan kepada dunia bahawa walaupun negara ini telah nyaris-nyaris terjerumus ke lembah kehinaan suatu ketika dulu, namun ia tetap mampu dan berjaya mencapai kejayaan gemilang dalam membawa kemakmuran dan pembangunan serta meningkatkan maruah penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Hari ini, Singapura merupakan sebuah negara yang kuat dan amat berbangga dengan kedudukannya, manakala penduduknya yang berjumlah lima juta orang pula sanggup berkorban apa saja untuk mempertahankan negara mereka daripada sebarang bentuk ancaman.

Mungkin ada orang bertanya bagaimanakah Singapura mampu sampai ke tahap yang ada sekarang dengan begitu pantas dan mengubah kedudukannya daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada Dunia Pertama, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan banyak negara lain yang lebih awal mencapai kemerdekaan serta memiliki kekayaan sumber asli, tetapi masih ketinggalan daripada segi pembangunan.

Soalan ini bukan saja sukar dijawab oleh kebanyakan orang, termasuk orang luar, malah oleh salah seorang bapa pengasas Singapura, yang menjadi peneraju utama usaha membangunkan negara ini.

"Ia suatu kisah yang amat luar biasa," kata Lee Kuan Yew kepada pengundi di kawasannya tentang pembangunan pintar Singapura pada majlis sambutan hari kebangsaan negara ini di Tanjong Pagar minggu ini.

Beliau berkata Singapura telah berjaya mengatasi keadaan tidak menentu serta semua bentuk halangan serta cabaran yang wujud ketika itu dalam usahanya untuk terus hidup dan membina sebuah negara pulau yang kecil saiznya dengan amat cemerlang.

"Tiada siapa yang menyangka kita akan terus hidup," katanya sambil menyatakan bahawa pada 1965, Singapura dikelilingi oleh jiran-jiran yang menyimpan semangat permusuhan, konfrontasi daripada Indonesia dan penolakan keluarnya dari Malaysia, di mana kedua-dua negara itu mengenakan sekatan ekonomi terhadapnya.

Pada satu peringkat, Lee, yang menjadi perdana menteri Singapura ketika itu, menguatkuasakan dasar "Dua Sudah Mencukupi" di mana keluarga di Singapura tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada dua anak kerana bimbang negara ini tidak mampu menyara kehidupan lebih ramai rakyatnya.

Tanpa memiliki sumber asli selain dua juta penduduk ketika itu, ditambah pula dengan begitu ramai pendatang dari China, India dan Indonesia serta memiliki nilai sosio budaya yang begitu pelbagai sifatnya, Singapura tidak mempunyai pilihan selain bergantung pada modal insan yang dimilikinya untuk membangunkan negara ini.

Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu menyatu-padukan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai keturunan, agama dan bahasa sebagai satu bangsa dan meletakkan mereka di bawah satu bumbung di rumah pangsa yang dibina Lembaga Pembangunan Perumahan agar mereka belajar menghormati satu sama lain sebagai jiran dan hidup dalam suasana harmoni.

Penduduk negara ini juga didisiplinkan oleh pelbagai undang-undang dan peraturan bagi memastikan mereka membuang tabiat lama yang sudah menjadi darah daging masing-masing seperti mengotorkan sungai dan jalan raya dalam usaha mewujudkan suasana kehidupan yang bersih serta mengamalkan nilai etika yang terpuji.

Hasilnya, Singapura terkenal sebagai antara negara yang paling bersih, selamat dan tersusun pembangunannya di dunia hinggakan sesetengah pihak menggelarkan negara ini sebagai "bandar raya denda", bukan untuk merujuk kepada kebersihannya, tetapi kepada pelbagai undang-undang kecil yang mengenakan denda yang besar jumlahnya terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, kata Lee, Singapura juga mencapai kejayaannya hasil daripada kualiti dan pandangan jauh para pemimpin awalnya yang telah meletakkan asas yang kukuh untuk negara ini agar ia mampu berdikari dan berkembang tanpa sebarang rintangan.

Beliau berkata Singapura dibina oleh para pemimpin yang memiliki kecekapan serta berintegriti tinggi, manakala dasar meritokrasi yang diamalkan negara ini membolehkan setiap rakyatnya mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat berdasarkan merit, bukan melalui amalan nepotisme dan rasuah.

Para pemimpin juga memastikan dasar kerajaan tidak digunakan untuk memenuhi kepentingan peribadi masing-masing, hinggakan kerajaan Singapura diiktiraf sebagai kerajaan paling bersih di Asia dan antara tiga negara terawal yang paling bersih di dunia, kata Lee.

Negara ini juga memastikan semua rakyatnya, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama, mempunyai peluang sama rata untuk mengejar kesejahteraan hidup dan tiada siapa menjadi mangsa penindasan oleh mana-mana dasar negara.

Untuk memastikan penduduk pelbagai kaumnya benar-benar bersatu-padu, kerajaan mengisytiharkan bahasa Inggeris sebagai bahasa bekerja di negara ini, untuk berkomunikasi dan untuk menjalankan urusan perniagaan, terutama dengan dunia luar.

"Kita tidak pilih bahasa Cina, bahasa penduduk majoriti negara kini," kata Lee sambil menambah bahawa bahasa Inggeris memberi peluang sama rata kepada setiap orang untuk menguasainya.

Ia adalah bahasa dunia perniagaan dan individu, Internet dan pengetahuan baru. Ia telah menjadikan kita hab perniagaan, industri, perbankan dan perkhidmatan kewangan serta komunikasi," kata Lee, 86.

Seperkara lagi yang menyebabkan Singapura begitu berjaya ialah kerana ia memiliki kemampuan yang luar biasa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya sebagai negara perdagangan yang banyak bergantung pada dunia untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran.

"Dasar-dasar kita tidak membeku di dalam batu," kata Lee sambil menambah bahawa Singapura akan mengkaji dasar-dasar dan kedudukan lamanya dari semasa ke semasa serta mengubahnya mengikut peredaran masa.

Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan pada mulanya menentang usaha untuk mengadakan perlumbaan F1 dan kasino selama beberapa dekad kerana tidak sesuai dengan keadaan negara ketika itu dan hanya baru-baru ini sahaja masyarakat tempatan dibenarkan menikmatinya setelah menyedari betapa ia boleh menjana hasil daripada limpahan ekonomi untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Bulan depan, Singapura akan menganjurkan perlumbaan F1 untuk kali ketiga dan sekali lagi negara ini akan berpeluang untuk mempamerkan kepada dunia betapa sebuah negara yang tidak memiliki apa-apa pada asalnya, mampu menjadi tuan rumah perlumbaan paling unggul di dunia.

[[ APA KATA MY|BACHELORMAN : Kali terakhir saya ke Singapura sekitar tahun 2003 atas urusan peribadi sambil makan angin dan meninjau-ninjau di beberapa tempat untuk membeli peralatan elektronik di sana... Kemudian sehingga ke hari ini, belum ada lagi peluang nak menjenguk ke pulau itu yang dahulunya dikenali sebagai "Temasik"... Memanglah Singapura itu hanya seberang tambak dan hanya 1 jam perjalanan dari kampung halaman saya di Benut, Pontian Johor. Kalau sesekali meronda-ronda di sekitar bandaraya Johor Bahru, terpandanglah pulau tersebut di persisir Selat Tebrau. Mengimbau pengalaman berada di Singapura, saya pernah memandu kereta masuk ke pulau berkenaan dan memanglah sangat ketat dari segi keselamatannya... Seram juga, kalau-kalau ada buat salah terutama kesalahan lalu lintas... Sebab sebelum keluar dari pulau, segala rekod kenderaan kita dipaparkan... sedia sahaja wang dolar untuk membayar saman atau denda... Tulisan di atas ada kebenarannya, berada di Singapura kita rasanya memang tenang... Paling saya suka, keadaannya teratur, redup dan indah. Singapura memang bersih... Landskap pun menarik, pokok-pokok besar dan rimbun tidak ditebang sebaliknya dijaga dan dijadikan penghadang pemandangan dan seolah-olah kita berada di sebuah bandaraya dalam taman. Dari segi logiknya, memanglah Singapura mudah dibangunkan kerana hanya sebuah pulau dan terletak dalam kedudukan yang strategik. Cuma sayang sebab sudah terpisah daripada Malaysia... Menjadi tanah majoriti orang Cina... Namun biarlah dia dengan dunia dia. Sebagai orang Johor, kami tahu apa itu bangsa Singapura terutama Melayu Singapura.. Yang Cina dan lain-lain kaum udah ler... Apa-apa pun "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... lebih baik di negeri sendiri". ]]

(*) Teringat rancangan TV saluran bahasa Melayu yang menarik di SBC (kemudian ditukar kepada TCS dan sekarang Media Corp) ketika zaman kanak-kanak dahulu antaranya; Aksi Mat Yoyo. Best...

Thursday, August 19, 2010

TAK SAYANG JARI...!!!


Abdul Jalil Hassan (tengah) menunjukkan mercun yang dirampas dari sebuah rumah di Kampung Pasir Hulu Klang di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Ogos (Utusan) - Bulan Ramadan baru seminggu berlalu namun kegiatan menjual mercun sudah mula dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pagi ini, polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai lebih RM60,000 hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Hulu Klang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mercun dan bunga api itu ditemui dalam 40 buah kotak.

"Bertindak hasil maklumat awam, pasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama cawangan Cegah Jenayah Balai Polis Taman Melawati telah menyerbu rumah tersebut.

"Hasil serbuan itu, seorang suspek berjaya ditahan berusia lingkungan 30-an," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis mengenai sebarang kegiatan menjual mercun dan bunga api di kawasan mereka.

[[ APA KATA MY|BACHELORMAN : "Dam dam dum, bunyi mercun... kanak-kanak datang berduyun-duyun..." Itu antara bait-bait lirik dalam lagu "Selamat Hari Raya" dendangan Biduanita Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang menunjukkan betapa meriahnya Aidilfitri yang disambut saban tahun. Bagaimanapun kemeriahan itu seakan-akan tenggelam bila mercun dan sesetengah bunga api diharamkan oleh kerajaan. Sebabnya, tindakan segelintir McGyver muda yang cuba mengubahsuai bahan letupan itu kepada bahan buatan sendiri yang mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada mereka tetapi orang lain... Inilah yang dinamakan akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Saya pun bukannya tak pernah bermain mercun dan bunga api..!!! Tapi dah dekat umur 33 tahun ni, tak pulak ada jari tangan yang kudung atau cacat anggota badan. Inilah yang dinamakan manusia, buat pandai atau pandai sangat hingga menyebabkan masalah kepada orang lain.. Bagaimanapun setakat puasa hari ini, saya belum dengar berita ada kanak-kanak yang cedera bermain bunga api atau mercun untuk tahun ini. Harap-harap tak ada lah... Usaha kerajaan itu bagus, tapi nak buat macam mana dah diwartakan dalam undang-undang. Tapi setiap tahun, dapat juga saya bermain mercun dan bunga api bersama anak-anak buah. Meriahh..!!! Tapi kena pantau lah. Budak-budak ni kalau dah bermain, boleh lupa diri... Dapat dari mana, tak payah lah saya bagitau... Hehehehe... Harap-harap tahun ini, dapat main lagi bunga api dan mercun... ]]

Wednesday, August 18, 2010

HATI SIAPA SEBENARNYA PERLU DIJAGA...

Saya tertarik dengan post DIY dalam laman blognya http://duniatiger.blogspot.com bertajuk "Biar Kurang Makan Jangan Kurang Ajar (2)" mengenai ketidakpuasan hati segelintir kaum yang dikhabarkan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan. Isu ini bukan satu isu yang baharu, malah telah bersarang dalam diri sesetengah individu yang berkepentingan peribadi sejak dahulu lagi.

Bukan untuk memperbesar-besarkan kesumat atau dendam yang tidak kunjung padam, tetapi sekadar renungan untuk diri sendiri dan mungkin boleh dikongsikan bersama pelayar lain di laman blog ini. Benar kata pepatah Melayu yang dikarang oleh orang-orang lama melalui pengamatan dan pengalaman mereka iaitu "pisang setandan tidak semua elok" dan "nilai setitik rosak susu sebelanga".

Berdasarkan pepatah di atas, jelas sekali orang-orang Melayu sejak dahulu lagi sudah dapat membaca mengenai kelemahan bangsa Melayu sendiri dalam mengharungi kehidupan demi kehidupan dan keturunan demi keturunan. Apa tidaknya, SIKAP antara punca kelemahan sesebuah institusi masyarakat kerana sikap itu mencorakkan bukan sahaja bangsa tetapi negaranya sendiri. Pelbagai jenis sikap yang kita tahu atau tidak tahu. Rasanya semua orang tahu apa itu sikap yang baik dan apa pula sikap yang tidak baik.

Menyentuh persoalan pokok di atas, bukan sahaja orang-orang Melayu mempunyai kelemahan sikap mereka. Bangsa lain pun apa kurangnya... Kalau di Malaysia, kita sedia maklum mengenai kelemahan atau kekuatan sikap bukan sahaja Melayu tetapi Cina, India dan lain-lain kaum. Malah ada pula ejek senda mengenai sikap bangsa-bangsa ini yang menjadi sinonim dengan kebudayaan serta peradapan sesebuah bangsa atau keturunan. Tak payahlah saya memberikan contoh, semua sudah faham.. Sudah hampir 53 tahun hidup bersama, kita semua dah masak dengan sikap semua orang. Tak begitu...!!!

Kalau sudah faham mengenai sikap antara satu sama lain, antara satu bangsa dengan bangsa lain... bermakna kita dah kenal hati budi, matlamat dan perjuangan sesebuah bangsa. Senang cerita, dalam adik-beradik kita pun masing-masing ada sikap baik dan tak baik, masing-masing ada matlamat dan tujuan tersendiri. Jadi, inikan pula bangsa yang berlainan latar belakang, keturunan, budaya dan agama. Justeru dalam melalui kehidupan bersama yang masing-masing mempunyai persaingan untuk maju, menjadi cerdik pandai atau kaya raya.... pelbagai helah dan tipu muslihat digunakan... Kalau kita perasan semasa kecil jika berlaku salah faham antara adik beradik, kita akan mempersalahkan antara satu sama lain ataupun saling tuduh-menuduh bagi mempertahankan hak masing-masing. Bila berebut alat permainan, si abang atau si kakak tidak mahu mengalah manakala si adik pula tidak faham mengenai hak orang lain... Lebih-lebih lagi jika si adik anak bongsu dalam keluarga. Apa yang dihajati mesti dilaksanakan...

Berdasarkan contoh di atas, ianya lebih kurang sama metadologinya dengan apa yang berlaku dalam perselisihan faham antara kaum. Kadang kala isunya kecil, sengaja diperbesar-besarkan.... kadang kala isunya hanya selisih faham atau pendapat tetapi sengaja diracuni supaya mendatangkan mudarat... Dalam ini ada dua kemungkinan; pertama ada satu pihak yang memang sengaja mahu sentiasa menang manakala yang kalah akan tersisih. Sama kesnya seperti adik bongsu yang menjadi kesayangan keluarga atau si abang yang tidak mahu berkompromi dan mengalah. Kedua; iaitu pihak lain (orang ketiga) yang suka melihat orang lain bergaduh (dengki dan busuk hati)... Dalam adik beradik pun ada yang bersikap sebegini... Kata orang tua-tua "mulut lembik" iaitu yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi suka mengadu domba bagi melaga-lagakan dua pihak. Akhirnya, dia yang mendapat keuntungan disebabkan pergolakan dua pihak tadi yang tidak mendapat sebarang manfaat dan terus bermusuhan...

Sehubungan itu, dalam kita melewati zaman kemajuan untuk menuju ke hadapan.... takkan masih lagi mahu berebut alat permainan dengan adik beradik sendiri. Banyak lagi permainan lain.... Atau masih mahu mengatakan pihak yang lain salah dan kita sahaja yang betul.. Atau mahu melihat adik beradik kita tidak menjadi orang yang berguna.. Dalam sesetengah keadaan pun, kita akan bantu adik beradik kita juga sebagai kroni kita.. Betullah, siapa lagi nak membantu adik beradik kita kalau bukan kita sendiri... Samalah halnya dengan bangsa Malaysia. Terkadang kita hairan, mengapa masih ada isu yang sempit dan kecil terus diperbesar-besarkan. Sebagai adik beradik kenalah bantu membantu... Mengapa jika ada permasalahan tidak dibawa berbincang... Disimpan di dalam hati, tidak diluahkan...

Tidak pula kita lihat ada perbezaan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.. Kita sendiri lihat jika ada duta-duta kecil negara (atlet sukan atau apa sahaja) yang pergi mewakilil negara ke pentas dunia tidak mengira Melayu, Cina atau India... tidak pula disebut si anu Melayu Malaysia, si anu Cina Malaysia atau India Malaysia.. Semuanya dilayan baik dengan sewajarnya.. tidak pula kita lihat jika orang Melayu yang pergi diberinya baju sutera dengan penginapan bertaraf 5 bintang manakala bangsa lain diberikan layanan hotel bajet atau rumah tumpangan.. Ini sekadar satu contoh yang jelas... Orang Cina masih boleh berniaga di masa sahaja, orang Melayu pun sama begitu juga India.

Jika bayar tiket untuk menaiki LRT, teksi atau bas... bayarannya tetap sama. Tiada kelebihan untuk mana-mana pihak. Orang Melayu, Cina dan India boleh makan dan duduk semeja (tapi bukanlah di kedai makanan tidak halal)... Satu perkara lagi, kita masih boleh menghormati wujudnya gerai-gerai atau restoran makanan tidak halal untuk bangsa lain.. Di pasar-pasar atau pasaraya, ada pula ruang khas untuk menjual makanan tidak halal...

Sebenarnya, apa masalah kita di Malaysia ini.. Apa yang tidak cukup lagi.. Dari Perlis sampai ke Johor atau di Sabah dan Sarawak, hendak ke mana pun selama 24 jam tiada siapa nak menghalang... Jalan raya yang sama juga kita gunakan untuk semua kaum... Tidak ada pula wujud jalan khas untuk orang Melayu atau Cina dan India.. Kemana sebenarnya kita hendak menghalakan bangsa kita sendiri...

Saya sebenarnya cukup mual dan muak dengan isu perpaduan ini... Memanglah kita perlu memelihara demi keharmonian 1Malaysia.. Tapi cukup-cukuplah, banyak perkara lain yang boleh dan perlu kita difikirkan.. Isu memecah-belahkan rakyat Malaysia sebenarnya isu politik dungu semata-mata.. Politik... politik... politik.. yang tidak berkesudahan... Orang itu menuduh yang ini, yang ini menuduh yang itu...

Yang mana sekarang ini dok sibuk melobi dan melaga-lagakan antara satu bangsa dengan bangsa lain, lebih baik duduk di negara asing.. Boleh tak dia makan dan bersenang lenang seperti di negara ini... Tak usah berhempas pulas membuat cerita-cerita dongeng yang tidak berbuku ini untuk merosakkan bina bangsa negara.. Semua orang boleh buat cerita, tetapi cerita mana yang betul kita tidak tahu... Kasihan dengan TOK DALANG ini yang tidak ada penontonnya lagi...

( my|bachelorman.blogspot.com )

Monday, August 16, 2010

DADAH OH DADAH... !!!

KUALA TERENGGANU 16 Ogos (Berita Harian) : “Sayu hati melihat dua cucu yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman bapa mereka sendiri apabila disimbah cuka getah. Semuanya akibat mengikut nafsu marah,” kata Minah Omar, 56, yang turut cedera disimbah cuka getah oleh menantunya dalam kejadian amuk di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.

Minah berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang lena tidur, sebelum menantunya yang kini dalam proses bercerai dengan anak perempuannya dan tinggal berasingan, datang ke rumahnya kira-kira jam 1.30 pagi.

“Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi bising dan teriakan meminta tolong daripada anak perempuan saya yang tidur di bilik bersebelahan.

“Saya terus bergegas ke bilik itu dan terkejut melihat anak saya sedang bergelut dengan suaminya, manakala dua cucu saya menggelupur di lantai akibat terkena cuka getah.

“Saya nampak menantu saya melumurkan cecair itu ke badan isterinya. Saya cuba menghalang, tetapi tidak berdaya. Saya kemudian turut disimbah dengan cuka getah itu, tetapi mujur hanya terkena sedikit pada mata kiri saya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya. Seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan.

Minah berkata, dua lagi cucunya masing-masing berusia 10 dan tujuh tahun tidak cedera kerana sempat bersembunyi sebelum melarikan diri apabila menyedari kejadian itu.

“Melihat keadaan tidak terkawal, saya menjerit sekuat hati meminta tolong daripada anak lelaki yang tinggal di rumah bersebelahan,” katanya.

Minah berkata, mendengar jeritannya itu, menantunya segera melarikan diri, manakala anak dan dua cucunya yang melecur berlari ke bilik air untuk membersihkan diri, sebelum menyedari cecair itu adalah cuka getah.

“Kami berempat kemudian dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu dengan bantuan jiran kira-kira jam 2 pagi sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana kecederaan dialami agak serius.

“Selepas mendapat rawatan, saya dibenarkan keluar daripada hospital, sementara dua cucu dan anak saya yang parah masih dirawat di HSNZ,” katanya.

CHE KU ZAIMAH  terlantar di HSNZ apabila terkena simbahan cuka getah oleh suaminya yang mengamuk  di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam.
CHE KU ZAIMAH terlantar di HSNZ apabila terkena simbahan cuka getah oleh suaminya yang mengamuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam.

[[ APA KATA MY|BACHELOMAN : Kalau sudah hilang pertimbangan, minda tidak mampu dikawal oleh iman ditambah nafsu yang meraja diri dan inilah akibatnya. Puncanya, tidak mendapat apa yang dihajati semata-mata mahu melampiaskan ketagihan dadah. Ahli keluarga menjadi mangsa... Pelik, pelik, pelik !!! tapi benar. Kalau hendak bercakap dek penangan dadah, malas untuk diungkapkan. Dari dahulu sampai sekarang, macam-macam kejadian berlaku kerana kebuasan si penagih. Kalau sudah ada hati nak berkahwin dan beranak-pinak, tak perlulah membaham lagi barang-barang keparat tu. Bila dah naik hantu, anak isteri juga yang menjadi mangsa. Hmmm... memalukan rakyat Malaysia. Fikir-fikirkan... Teringat dialog dalam cerita Seniman Bujang Lapok; scene seorang isteri mengamuk bila si suami berkahwin lagi. "Kau ni patut mampus ditembak dengan senapang gajah...!!!" Bukan setakat penagih jer, yang dok menjual dan mengedar tu pun patut ditembak dengan SENAPANG GAJAH. Si bapa durjana ni plak, cuba dihukum dengan sewajarnya dengan disimbah menggunakan cuka getah (asid) satu badan, biar dia rasa apa yang anak-anak dia rasa.. kemudian barulah dihukum gantung sampai mati... Pasal isu mengamuk ni, teringat kes amuk Jaafar Patola yang mengorbankan 6 nyawa di Kampung Parit Stan, Benut Pontian Johor berpuluh tahun lalu... dekat jer dengan rumah keluarga di kampung.. Masa tu kecik lagi.... Ngeri..!!! ]]

Sunday, August 15, 2010

ORANG LAIN DAH TAHU... KITA BILA LAGI..???

KUALA LUMPUR 14 Ogos (Utusan) – Kerajaan sedang merangka formula terbaik bagi menangani masalah gaji minimum dalam sektor swasta sebagai salah satu persediaan menjadi negara berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, formula itu yang mengambil kira sektor serta peringkat iaitu nasional dan serantau akan dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Menurut beliau, antara ciri-cirinya ia akan membantu mengurangkan pergantungan negara terhadap tenaga buruh luar seperti sektor pembinaan dan perkhidmatan, malah gaji minimum juga berupaya melahirkan pekerja rakyat tempatan yang lebih mahir dan berdaya saing.

“Tetapi pada masa yang sama kerajaan mahukan syarikat-syarikat swasta turut melaksanakan inisiatif meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Kita amat sedar ia bukan perkara mudah yang boleh dibuat dalam sekelip mata dan sebab itu kerajaan secara konsisten akan membantu industri ini.

“Transformasi sektor swasta sangat diperlukan kerana ekonomi tidak dapat berkembang tanpa komitmen dan penyertaan positif mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan beberapa pimpinan tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Jelas Perdana Menteri, sebagai sokongan kepada perkembangan itu, kerajaan sedang memantap dan memperkemaskan sistem pendidikan yang lebih menjurus kepada melahirkan pekerja berkemahiran tinggi yang menepati kehendak pasaran.

Kerajaan juga katanya, menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar yang tercicir dalam sistem persekolahan bagi meningkatkan nilai mereka dalam pasaran pekerjaan.

“Pelajar cemerlang juga akan ditawarkan biasiswa melanjutkan pelajaran. Ingin saya tekankan sekali lagi bahawa tidak akan ada seorang pun daripada rakyat negara ini yang cemerlang akan dihalang daripada meningkatkan potensi diri. Mereka inilah aset negara paling bernilai pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Najib juga meminta masyarakat Cina supaya membantu menghalang pengaliran tenaga mahir yang berkualiti dan terbaik ke luar negara.

“Pada masa ini, terdapat kira-kira 700,000 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan kebanyakan daripada mereka adalah Cina.

“Kerajaan meminta jasa baik kamu semua untuk menghentikan brain drain (kekurangan tenaga mahir) ini.

“MBE dan RMK-10 sebenarnya menyediakan banyak peluang terbaik kepada mereka ini yang amat berbakat. Apa yang tinggal lagi hanya kita untuk memulakan cabaran ini kepada mereka,” katanya.

[[ APA KATA MY|BACHELORMAN : Baru-baru ini pekerja di sektor perbankan dilaporkan akan mendapat "durian runtuh" menjelang Aidilfitri ini. Maknanya beraya sakan ler mereka.. Muai rasanya berhari saya dengan bonus yang banyak.. Boleh beli macam-macamkan.. Tetapi kenalah berjimat cermat... Apa2 pun kalaulah kami yang dapat durian runtuh tu hmmm lainlah ceritanya. Bagaimanapun, untung sabut timbul untung batu tenggelam... hehehe betul ke perumpamaan ini. Kami bila pulak ??? Harap-harap ada ]]

Saturday, August 14, 2010

SETAKAT MANA PENDIDIKAN DI SEKOLAH BOLEH MENGUBAH JATIDIRI SESEORANG...!!!

SHAH ALAM, 13 Ogos (Bernama) -- MCA percaya gejala membuang bayi boleh diatasi melalui pendidikan dan perubahan mentaliti masyarakat. Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pendidikan kesihatan reproduktif boleh membantu menghalang atau menangani kehamilan tidak dirancang.

"MCA percaya cadangan hukuman mati ke atas mereka yang membuang bayi adalah keras dan akan merumitkan lagi keadaan," katanya kepada penberita di sini hari Jumaat. Beliau mengulas cadangan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya disiasat mereka yang membuang bayi sehingga mati di bawah Seksyen 302 Kanun Jenayah atas tuduhan membunuh.

Ng berkata MCA akan melakukan kempen untuk membangkitkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif bagi menangani gejala seksual di kalangan remaja. Namun Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menyokong keputusan kerajaan untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap pihak yang membuang bayi.

Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata hukuman berat perlu dikenakan ke atas pesalah yang mempunyai niat membunuh atau cuba untuk membunuh bayi agar kes seperti itu tidak berulang. "Beberapa langkah perlu dititikberatkan bagi menangani masalah ini termasuklah menerapkan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah serta memberi pendidikan dan kesedaran kepada ibu bapa terhadap masalah ini," katanya.

Beliau berkata penerangan secara meluas juga perlu diberi kepada golongan remaja dan belia bahawa setiap tindakan yang diambil akan memberi kesan kepada masa hadapan mereka. "Selain itu, pusat rehabilitasi sosial perlu diwujudkan segera untuk membantu dan memberi perlindungan kepada remaja yang terlanjur dan mengandung," katanya.

Katanya walaupun pelbagai langkah boleh diambil, pihaknya tetap percaya bahawa pencegahan awal melalui sistem pendidikan masih perlu diutamakan bagi membendung masalah pembuangan bayi. "Penekanan pendidikan berteraskan nilai-nilai murni akan membendung segala bentuk ancaman sosial kepada masyarakat kita terutama kepada golongan muda dan belia yang akan mengambil alih teraju kepimpinan negara satu hari kelak," kata Lee.

-- BERNAMA

[[ APA KATA MY|BACHELORMAN : Sistem pendidikan di negara ini sejak dahulu lagi sudah menekankan soal-soal nilai murni dan sivik kepada pelajar sejak dari awal persekolahan bermula daripada prasekolah (tadika) sehinggalah ke sekolah menengah. Nilai-nilai murni ini bukan sahaja diterapkan dalam matapelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (pelajar bukan Melayu), malah meliputi pelbagai matapelajaran lain. Soalnya, masalah pembuangan bayi yang seakan menjadi barah dalam budaya masyarakat kita hari ini bukan disebabkan kelemahan sistem pendidikan sedia ada. Letaklah pelbagai bab atau topik dalam sistem pendidikan bagi membendung gejala ini, kalau hendak berlaku ia akan berlaku juga. Tidak mustahil, pelajar yang mendapat gred A dalam matapelajaran sivik atau Pendidikan Moral sekalipun jika nafsu sudah menguasai diri tanpa pemerhatian keluarga nescaya perkara sebegini boleh berlaku. Pokok pangkalnya, kita lihat institusi kekeluargaan hari ini. Kalau dulu anak ramai mudah dijaga dan diasuh oleh ibu bapa. Sekarang anak seorang atau dua pun payah diasuh disebabkan faktor semasa. Ramai ibu bapa yang bekerja dan seakan terabai dalam soal mengasuh anak-anak. Jangan percaya sangat kepada anak-anak kita di luar sana... Depan kita mungkin pijak semut tak mati, belakang kita tak tahu apa mereka buat. Fikir-fikirkan... Penerapan dalam pendidikan persekolahan anak-anak tidak mencukupi... Ia menjadi tanggungjawab semua pihak. ]]

Wednesday, August 11, 2010

KEBERKATAN BILA BERPUASA...

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah SWT, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah SAW : "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah SWT (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Akulah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Masya Allah....

( my|bachelorman.blogspot.com )

RAMADHAN DATANG LAGI..!!!

Dengan penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dipanjangkan usia dan kesihatan untuk bertemu semula di sini... Alhamdullilah, 11 bulan berlalu akhirnya Ramadhan menjengah semula dengan seribu ganjaran dan pahala untuk semua umat manusia... Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amal kita diterima oleh Allah S.W.T hendaknya... Wassalam..

( my|bachelorman.blogspot.com )