Thursday, August 19, 2010

TAK SAYANG JARI...!!!


Abdul Jalil Hassan (tengah) menunjukkan mercun yang dirampas dari sebuah rumah di Kampung Pasir Hulu Klang di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Ogos (Utusan) - Bulan Ramadan baru seminggu berlalu namun kegiatan menjual mercun sudah mula dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pagi ini, polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai lebih RM60,000 hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Hulu Klang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mercun dan bunga api itu ditemui dalam 40 buah kotak.

"Bertindak hasil maklumat awam, pasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama cawangan Cegah Jenayah Balai Polis Taman Melawati telah menyerbu rumah tersebut.

"Hasil serbuan itu, seorang suspek berjaya ditahan berusia lingkungan 30-an," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis mengenai sebarang kegiatan menjual mercun dan bunga api di kawasan mereka.

[[ APA KATA MY|BACHELORMAN : "Dam dam dum, bunyi mercun... kanak-kanak datang berduyun-duyun..." Itu antara bait-bait lirik dalam lagu "Selamat Hari Raya" dendangan Biduanita Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang menunjukkan betapa meriahnya Aidilfitri yang disambut saban tahun. Bagaimanapun kemeriahan itu seakan-akan tenggelam bila mercun dan sesetengah bunga api diharamkan oleh kerajaan. Sebabnya, tindakan segelintir McGyver muda yang cuba mengubahsuai bahan letupan itu kepada bahan buatan sendiri yang mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada mereka tetapi orang lain... Inilah yang dinamakan akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Saya pun bukannya tak pernah bermain mercun dan bunga api..!!! Tapi dah dekat umur 33 tahun ni, tak pulak ada jari tangan yang kudung atau cacat anggota badan. Inilah yang dinamakan manusia, buat pandai atau pandai sangat hingga menyebabkan masalah kepada orang lain.. Bagaimanapun setakat puasa hari ini, saya belum dengar berita ada kanak-kanak yang cedera bermain bunga api atau mercun untuk tahun ini. Harap-harap tak ada lah... Usaha kerajaan itu bagus, tapi nak buat macam mana dah diwartakan dalam undang-undang. Tapi setiap tahun, dapat juga saya bermain mercun dan bunga api bersama anak-anak buah. Meriahh..!!! Tapi kena pantau lah. Budak-budak ni kalau dah bermain, boleh lupa diri... Dapat dari mana, tak payah lah saya bagitau... Hehehehe... Harap-harap tahun ini, dapat main lagi bunga api dan mercun... ]]

No comments:

Post a Comment