Wednesday, August 18, 2010

HATI SIAPA SEBENARNYA PERLU DIJAGA...

Saya tertarik dengan post DIY dalam laman blognya http://duniatiger.blogspot.com bertajuk "Biar Kurang Makan Jangan Kurang Ajar (2)" mengenai ketidakpuasan hati segelintir kaum yang dikhabarkan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan. Isu ini bukan satu isu yang baharu, malah telah bersarang dalam diri sesetengah individu yang berkepentingan peribadi sejak dahulu lagi.

Bukan untuk memperbesar-besarkan kesumat atau dendam yang tidak kunjung padam, tetapi sekadar renungan untuk diri sendiri dan mungkin boleh dikongsikan bersama pelayar lain di laman blog ini. Benar kata pepatah Melayu yang dikarang oleh orang-orang lama melalui pengamatan dan pengalaman mereka iaitu "pisang setandan tidak semua elok" dan "nilai setitik rosak susu sebelanga".

Berdasarkan pepatah di atas, jelas sekali orang-orang Melayu sejak dahulu lagi sudah dapat membaca mengenai kelemahan bangsa Melayu sendiri dalam mengharungi kehidupan demi kehidupan dan keturunan demi keturunan. Apa tidaknya, SIKAP antara punca kelemahan sesebuah institusi masyarakat kerana sikap itu mencorakkan bukan sahaja bangsa tetapi negaranya sendiri. Pelbagai jenis sikap yang kita tahu atau tidak tahu. Rasanya semua orang tahu apa itu sikap yang baik dan apa pula sikap yang tidak baik.

Menyentuh persoalan pokok di atas, bukan sahaja orang-orang Melayu mempunyai kelemahan sikap mereka. Bangsa lain pun apa kurangnya... Kalau di Malaysia, kita sedia maklum mengenai kelemahan atau kekuatan sikap bukan sahaja Melayu tetapi Cina, India dan lain-lain kaum. Malah ada pula ejek senda mengenai sikap bangsa-bangsa ini yang menjadi sinonim dengan kebudayaan serta peradapan sesebuah bangsa atau keturunan. Tak payahlah saya memberikan contoh, semua sudah faham.. Sudah hampir 53 tahun hidup bersama, kita semua dah masak dengan sikap semua orang. Tak begitu...!!!

Kalau sudah faham mengenai sikap antara satu sama lain, antara satu bangsa dengan bangsa lain... bermakna kita dah kenal hati budi, matlamat dan perjuangan sesebuah bangsa. Senang cerita, dalam adik-beradik kita pun masing-masing ada sikap baik dan tak baik, masing-masing ada matlamat dan tujuan tersendiri. Jadi, inikan pula bangsa yang berlainan latar belakang, keturunan, budaya dan agama. Justeru dalam melalui kehidupan bersama yang masing-masing mempunyai persaingan untuk maju, menjadi cerdik pandai atau kaya raya.... pelbagai helah dan tipu muslihat digunakan... Kalau kita perasan semasa kecil jika berlaku salah faham antara adik beradik, kita akan mempersalahkan antara satu sama lain ataupun saling tuduh-menuduh bagi mempertahankan hak masing-masing. Bila berebut alat permainan, si abang atau si kakak tidak mahu mengalah manakala si adik pula tidak faham mengenai hak orang lain... Lebih-lebih lagi jika si adik anak bongsu dalam keluarga. Apa yang dihajati mesti dilaksanakan...

Berdasarkan contoh di atas, ianya lebih kurang sama metadologinya dengan apa yang berlaku dalam perselisihan faham antara kaum. Kadang kala isunya kecil, sengaja diperbesar-besarkan.... kadang kala isunya hanya selisih faham atau pendapat tetapi sengaja diracuni supaya mendatangkan mudarat... Dalam ini ada dua kemungkinan; pertama ada satu pihak yang memang sengaja mahu sentiasa menang manakala yang kalah akan tersisih. Sama kesnya seperti adik bongsu yang menjadi kesayangan keluarga atau si abang yang tidak mahu berkompromi dan mengalah. Kedua; iaitu pihak lain (orang ketiga) yang suka melihat orang lain bergaduh (dengki dan busuk hati)... Dalam adik beradik pun ada yang bersikap sebegini... Kata orang tua-tua "mulut lembik" iaitu yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi suka mengadu domba bagi melaga-lagakan dua pihak. Akhirnya, dia yang mendapat keuntungan disebabkan pergolakan dua pihak tadi yang tidak mendapat sebarang manfaat dan terus bermusuhan...

Sehubungan itu, dalam kita melewati zaman kemajuan untuk menuju ke hadapan.... takkan masih lagi mahu berebut alat permainan dengan adik beradik sendiri. Banyak lagi permainan lain.... Atau masih mahu mengatakan pihak yang lain salah dan kita sahaja yang betul.. Atau mahu melihat adik beradik kita tidak menjadi orang yang berguna.. Dalam sesetengah keadaan pun, kita akan bantu adik beradik kita juga sebagai kroni kita.. Betullah, siapa lagi nak membantu adik beradik kita kalau bukan kita sendiri... Samalah halnya dengan bangsa Malaysia. Terkadang kita hairan, mengapa masih ada isu yang sempit dan kecil terus diperbesar-besarkan. Sebagai adik beradik kenalah bantu membantu... Mengapa jika ada permasalahan tidak dibawa berbincang... Disimpan di dalam hati, tidak diluahkan...

Tidak pula kita lihat ada perbezaan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.. Kita sendiri lihat jika ada duta-duta kecil negara (atlet sukan atau apa sahaja) yang pergi mewakilil negara ke pentas dunia tidak mengira Melayu, Cina atau India... tidak pula disebut si anu Melayu Malaysia, si anu Cina Malaysia atau India Malaysia.. Semuanya dilayan baik dengan sewajarnya.. tidak pula kita lihat jika orang Melayu yang pergi diberinya baju sutera dengan penginapan bertaraf 5 bintang manakala bangsa lain diberikan layanan hotel bajet atau rumah tumpangan.. Ini sekadar satu contoh yang jelas... Orang Cina masih boleh berniaga di masa sahaja, orang Melayu pun sama begitu juga India.

Jika bayar tiket untuk menaiki LRT, teksi atau bas... bayarannya tetap sama. Tiada kelebihan untuk mana-mana pihak. Orang Melayu, Cina dan India boleh makan dan duduk semeja (tapi bukanlah di kedai makanan tidak halal)... Satu perkara lagi, kita masih boleh menghormati wujudnya gerai-gerai atau restoran makanan tidak halal untuk bangsa lain.. Di pasar-pasar atau pasaraya, ada pula ruang khas untuk menjual makanan tidak halal...

Sebenarnya, apa masalah kita di Malaysia ini.. Apa yang tidak cukup lagi.. Dari Perlis sampai ke Johor atau di Sabah dan Sarawak, hendak ke mana pun selama 24 jam tiada siapa nak menghalang... Jalan raya yang sama juga kita gunakan untuk semua kaum... Tidak ada pula wujud jalan khas untuk orang Melayu atau Cina dan India.. Kemana sebenarnya kita hendak menghalakan bangsa kita sendiri...

Saya sebenarnya cukup mual dan muak dengan isu perpaduan ini... Memanglah kita perlu memelihara demi keharmonian 1Malaysia.. Tapi cukup-cukuplah, banyak perkara lain yang boleh dan perlu kita difikirkan.. Isu memecah-belahkan rakyat Malaysia sebenarnya isu politik dungu semata-mata.. Politik... politik... politik.. yang tidak berkesudahan... Orang itu menuduh yang ini, yang ini menuduh yang itu...

Yang mana sekarang ini dok sibuk melobi dan melaga-lagakan antara satu bangsa dengan bangsa lain, lebih baik duduk di negara asing.. Boleh tak dia makan dan bersenang lenang seperti di negara ini... Tak usah berhempas pulas membuat cerita-cerita dongeng yang tidak berbuku ini untuk merosakkan bina bangsa negara.. Semua orang boleh buat cerita, tetapi cerita mana yang betul kita tidak tahu... Kasihan dengan TOK DALANG ini yang tidak ada penontonnya lagi...

( my|bachelorman.blogspot.com )

No comments:

Post a Comment