Sunday, June 28, 2009

MAJLIS RESEPSI KL : Rosli & Jaja

Petang semalam (Sabtu, 27 Jun 2009) aku berkesempatan hadir ke Majlis Resepsi perkahwinan sahabat baik aku - Rosli Mohd. Nordin yang diadakan di Dewan Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Aku tiba agak lewat dalam pukul 3.15 petang kerana sebelum tu...aku ada hal lain yang perlu diuruskan... Masuk sahaja ke dalam dewan yang dihias indah dengan tema warna Putih Unggu, terasa amat tenang sekali ditambah dengan hiasan bunga-bungaan hidup yang segar... Sah-sah konsep bunga hidup ni, sponsored by Nirul kot (sahabat baik kami gak...)

Di atas pentas, tersergam pelamin indah dengan konsep yang sama dan kedua-dua pengantin kelihatan segak dan cantik mengenakan busana moden sedang bersanding... Rosli mengenakan sut serba putih dan kemeja satin berwarna unggu... Sementara pengantin perempuannya - Jaja, nama sebenarnya Noranizah Mohamad (sahabat kami gak... kedua-dua mereka ni sahabat baik sebenarnya...) amat cantik mengenakan gaun putih cream dengan hiasan kain lace
unggu, menambahkan keayuannya bergelar Raja Sehari... walaupun si Jaja ni aku tengok biasa-biasa ajer setiap hari, masa aku bertugas bersama-sama mereka di opis lama dulu... ekekekekeke.. Yeler Jaja ni jenis simple dan mungkin semalam tu, seri pengantin kot..... heheeheh

Ketika tu... sedang berlangsung di atas pentas juga acara memberi ucapan daripada rakan-rakan terdekat kedua-dua pengantin dan masing-masing apa lagi.... memecahkan lobang-lobang rahsia mengenai perkenalan dan percintaan mereka sehinggalah disahkan menjadi pasangan suami isteri... Hehehehehe, paling best pengakuan eksklusif Hanim Muhili (news reader di RTM... sahabat baik kami gak..) mengenai detik-detik gabra si Rosli... bila dia mengaku bahawa telah "jatuh cinta" dekat si Jaja...

Aku pun pelik... sejak aku kenal si Rosli ni lebih 9 tahun, aku sendiri pun tak tahu bila masa kedua-dua "si gila" ni jatuh cinta... Mereka berdua ni memang giler.... Memang aku tahu, dia orang ni sahabat baik sebab hari-hari menghadap muka yang sama di tempat kerja... Entah macam mana bleh sangkut... Aku taulah perangai si Rosli ni, memang digelar terrorist di tempat kerja kami dulu.... Kalau bleh, meja dan kerusi nak dihumbannya... heheheh itu kisah-kisah lama....

Masa sampai di majlis tu...... aku terus ke deretan makanan yang sudah terhidang secara buffet dan mengambil beberapa jenis lauk bersama nasi beriyani... Aku ditemai kawan My A-DDY, terus mengambil tempat sambil memerhatikan gelagat mereka di atas pentas secara jauh... Si Rosli perasan kehadiran aku dan mengangkat signal untuk bergambar selepas majlis... Aku hanya mengangguk tanda setuju... Aku pun terus membaham makanan yang sememangnya sedap... Perut plak tengah lapar... tak sempat lunch... Memang simpan untuk majlis nihhh... hehehehe

Memang seronok dapat hadir ke Majlis Resepsi Rosli & Jaja ni... Selain dapat meraikan pengantin, inilah peluang aku nak jumpa balik kawan-kawan lama yang pernah sama-sama bertugas di pejabat lama dulu.... Macam Tengku Suzana (Kosmo), Salina Sidek (Karangkraf), Nirul (SYABAS), Razif (MOHE) dan ramai lagi...

(Aku bersama Rosli....)

Kawan-kawan yang masih bertugas di opis tu pun, ramai gak yang datang.... Masing-masing seronok dan tumpang gembira dengan perkahwinan Rosli ni.... Yeler, sekeras-keras hati Rosli ni.. Jaja gak dapat tawan hatinya buat suami... Cute jugak.... hehehehe......

Menariknya tentang Rosli nih... dia memang sahabat yang baik... Sanggup bersusah-payah kerana kawan dan yang penting dia memang manusia yang tidak pernah berkira langsung.... Kalau bab belanja kawan, diakah orangnya.... Selalu dengan selamba dia berseloroh.."I'm rich...!!!!"...















(Bersama Rosli dan Jaja, kat sebelah aku tu "si gila"... Hanim Muhili)

Memang Jaja amat beruntung dapat si Rosli ni... Selain caring, dia jugak amat bertanggungjawab dan suka fight for the right things... Aku pun selesa berkawan dengan dia... Dia jugaklah yang selalu tolong aku semasa susah dan dialah orangnya yang tolong aku masa aku kena rompak dulu.... Ko memang best aaa Rosli....

Sejak aku kenal Rosli ketika sama-sama masuk bertugas di opis lama 9 tahun dulu sehinggalah sekarang... kami tak pernah sekalipun berselisih faham.. apatah lagi bergaduh.... Semua aktiviti dan kenangan bersama Rosli memang aku tak akan lupakan... Yeler, dulu dia bujang.. Sekarang dah kahwin... Banyak yang kena fikir dua tiga kali untuk buat sesuatu... hehehehe....















Aku sebenarnya terkilan kerana tak dapat ikut Rosli semasa Majlis Akad Nikah dan bersanding di Kelantan (rumah keluarga Jaja....) pada 6-7 Jun lalu.... Memang perancangan awalnya nak ke sana, tetapi ada sedikit masalah yang tak dapat dielakkan... aku batalkan hasrat ke Kelantan waktu tu... Siap si Rosli tanya selepas tu banyak kali, aku datang ker... majlis resepsi di KL... Aku hanya cakap.."Insya-Allah...!!!.. Dia risau sangat kalau aku tak datang kali nih.... Tapi akhirnya, aku datang jugak kerana dia....


Aku doakan Rosli dan Jaja hidup bahagia dan ceria menjalani kehidupan sebagai suami isteri...dan hidup happy sebagai ayah dan ibu kelak.... Semoga kekal selamanya hingga ke akhir hayat... Amin, amin Ya Rabbal Alamin.....!!! Insya Allah..!!!

Aku teringat plak zaman-zaman bekerja bersama-sama Rosli dan beberapa sahabat lain semasa di opis lama dulu... Paling best ketika bersama-sama Rosli dan Suhaila (TRAXXfm) buat liputan LIMA 2005 di Langkawi... Pada aku itu kenangan bekerja paling best dan kelakar waktu tu.... (hanya mereka sahaja yang tahu)...

(mybachelorman.blogspot.com)

Wednesday, June 24, 2009

PORT DICKSON : Aku Kena Sunburn..!!!

Malam minggu lepas, (Sabtu - 20/06/09) adalah malam paling bosan aku rasakan... Tak tahu nak buat apa..!!! Tengok tv bosan, online pun bosan... Nak update blog nih ,dah x ada cerita pun... Lantas nak bagi cerita kat blog ni, aku pun terfikir kerja gila yang boleh buat waktu tu...

Kira-kira jam 2.30 pagi (dah masuk hari Ahad laaa - 21/06/09) aku ditemani member aku yang blur.. blur.. blur campur excited semacam jer... terus plan tanpa rancang apa2... ke PD... Tujuannya, mandi laut aaaaa... Tapi nak mandi ke benda, pagi2 buta nih....

Aku yang campur mengantuk dan pening2 lalat drive aaaa ke PD... Sebelum itu, sempat juga kami capai 2 - 3 helai baju... sket makanan ringan dan khemah... (Khemah lama yang masih aku simpan baik, semasa aku aktif camping zaman sekolah dulu... tanyalah Vee - dia tahu)..... Tujuannya bila sampai boleh pacak khemah kat mana-mana area pantai kat PD tu dan zzzzzzzzzz... sementara menunggu hari siang....

Jalan memang lengang habis, yeler awal pagi hari minggu namanya kannnn.. Lepas jer lalu tol Sg. Besi kami singgah KFC kat R&R tepi tu dan bungkus sket makanan sebab lapar gilerr...!!! Sambil drive aku bahamlah makanan tu.... Masuk tol Seremban/PD aku terus jer menghala ke highway PD... Kemudian, kawan aku tukar drive plak... Sebab mata aku dah nampak line putih kat tengah2 tuh jadi berdouble2 dahh.... Takut plak nanti, devider jalan tu aku sebatttt.... Yeler, member aku plak bukan main lena sejak senja tadi.... Inilah plak turn dia berjaga... Aku pun sebenarnya bukan bleh tido.... Saja nak rilex2....

Masuk jer ke area PD lepas highway, tetiba ada plak roadblock polis... Kawan aku yang tadi rancak sembang, tetiba muka jadi pucat lesi dan tak terkata apa2.... Baru aku teringat, dia tak der lesen... hehehehehe... (Aku pun pucat gakkkk..!!!).. Dia teruskan ajer drive... Alhamdullilah, nasib baik lepas... coolll...!!!

Kemudian, lepas ronda2 area PD dalam setengah jam kami cari port nak pasang khemah... Kami jumpa ler ramai orang berkhemah di satu kawasan tepi pantai... Tak tahu plak nama kawasan tu, sebab area pantai Telok Kemang atas lagi... Alah, dekat area Kem Rusa tempat tentera tranning tu.... dekat2 sket ngan area hotel Sri Malaysia... Sampai jer situ, parking kereta dan terus cari lokasi yang strategik... Ramai gak yang berkhemah kat situ dan tak reti2 tido.. walaupun jam dah nak masuk 5.00 pagi..

Aku dengan kepakaran yang ada, terus pasang khemah dengan masa kurang 5 minit... Dah biasa, zaman sekolah dulu... Hmmmm...bila bab pasang khemah nih... teringat plak aku kat cikgu sekolah dulu yang handle Kelab Kembara yang diberi nama KARISMA... Cikgu ni pun dah kembali ke Rahmatullah dua tahun lalu, akibat serangan jantung... Sayang betul aku kat Cikgu ni kerana dia baik sgt2.... My ABAH dan My MAK pun kenal Cikgu nih.... Dia ler yang kenalkan aku benda2 camping nih... Panjat gunung, naik gunung dan mcm2 lagi.... AL-FATEHAH buat Cikgu Abdul Aziz bin Abdul Rahman... (iskk..iskk..iskk..)

Dah pasang khemah kami pun....zzzzzzzzz.... Sedar2 dah pagi dalam kul 9.... Bangkit tido dan kemas khemah.. Kemudian kami beredar ke area Telok Kemang dan cari breakfest... dengan muka tak cuci dan tak mandi, heheheeh..... Lepas dah parking kereta elok2... apalagi kami pun... busshhhhhhhhh !!!!! Berkubang di Telok Kemang.....

Lama gak mandi, sampai kena sunburn terukkk.... wakakakaakaa... Lepas lunch dalam kul 2.00 petang, kami balik KL dan rehat...!!!! Penat dan badan rasa perit2 sebab sunburn... but kami happy giler..... Akhirnya weekend kami, menjadi menarik dengan perancangan giler kami.... Sampai sekarang rasa perit akibat sunburn tu masih ada lagi.... wakakakaka.. padan muka..!!!

...on the way ke PD, rokok jer ler teman sepanjang perjalanan...

...highway yang lengang antara Seremban - PD...

... Pantai Telok Kemang (around 11.00 am), pengunjung pun tak berapa ramai...

...bedal rambutan, mahal gak seikat RM6.00...

... tolong...!!! aku tak mau diganggu.. wakakakaka...

... ok tak ???...

...tak ok, ko kata ???...

...ok, ok.. tak per ???...

... ader aku kisah !!!...

...ready back to KL, padahal satu muka dan badan dah kena sunburn.. wakakakaka...

(mybachelorman.blogspot.com)

Tuesday, June 23, 2009

HATI : Kembali Merah !!!

Setiap insan di muka bumi ini, telah diciptakan oleh Tuhan dengan seribu kelebihan dan kesempurnaan... Bermula daripada bentuk fizikal secara luarannya sehinggalah kepada soal naluri, hati dan perasaan, akal fikiran dan nafsu... Kesempurnaan manusia sebenarnya boleh aku tafsirkan; terletak daripada sudut dalaman ini yang akan mencerminkan segala kelebihan luarannya...

Tetapi sebaliknya berlaku di mana kebanyakan manusia, menilai kesempurnaan tadi secara luaran dahulu tanpa banyak mengambil kira soal-soal dalaman tadi... Mungkinlah nafsu memainkan peranannya.... Walaupun pandangan ini mungkin salah, aku sekadar mengambil pengajaran daripada beberapa kesilapan lalu...

Mungkin coretan ini bukan satu hujah ilmiah yang boleh dijadikan sebagai bahan panduan atau pedoman mana-mana pihak... Sebaliknya, hanya sekadar cerita hati aku sendiri yang mungkin pernah melalui saat-saat manis dan indah... atau merasai pengalaman lampau yang getir menyebabkan aku banyak memikirkan itu dan ini...

Hati (perasaan) adalah antara anugerah Tuhan paling berharga buat manusia selain akal fikiran... Tanpa hati, manusia tidak boleh merasai sesuatu kenikmatan dalaman yang sangat berhubung kiat dengan soal akal dan fikiran... Boleh dikatakan, manusia yang tidak mempunyai hati bukanlah manusia yang sempurna... Bukannya tidak mempunyai hati perut, itu lain maknanya...

Maksud aku, menilai kualiti diri menerusi perasaan masing-masing... Melalui hati juga, kita akan dapat merasai apa itu kesedihan, kegembiraan, ketakutan dan pelbagai rasa dalam hati yang sukar dibaca oleh sesiapa... Apa yang boleh digambarkan hanya melalui tingkah laku atau perbuatan, air muka mahupun perkataan yang keluar daripada mulut masing-masing....

Sebenarnya, hati aku ini telah "dimiliki"... Agak sentimental, tetapi aku sekadar meluahkan apa yang tergumpal lama di dalam hati aku sendiri.. Sudah lebih dua bulan perjalanan hati aku ini begitu berdegup kencang, setelah dipanah tajam oleh cinta"si dia"... Bagi aku cukup istimewa dengan apa yang telah dan sedang aku rasai dan lalui ketika ini... Hehehehehe
Memang aku rasakan ketika ini cukup bahagia sekali... Apa sahaja yang aku lalukan, demi diri aku sendiri dan "si dia"... Banyak yang kami mula kongsikan bersama... Daripada sudut hati dan perasaan sehinggalah kepada perancangan masa depan... Aku pun tak tahu, sejauh ini hubungan kami dalam melayari kehidupan bersama... Mungkin juga ada hikmahnya dengan apa yang berlaku terhadap diri aku sebelum ini...

Seronok juga nak berkongsi kegembiraan yang aku rasai sekarang bersama teman-teman dan sesiapa sahaja yang melayari blog ini... Sekurang-sekurangnya boleh jugak minta pandangan kepada sesiapa saja yang sudi berkongsi kenangan... Semoga perjalanan ini akan lebih bermakna dalam hidup aku dan juga hidup "si dia"... Harap-harap dia juga gembira, apabila membaca blog ini dan tahu akan segala perasaan aku terhadapnya... Sesungguhnya, aku amat menyayangi "si dia"... I LOVE U so much...!!!!

Perjalanan ini adalah kisah aku dan kamu... Kisah hidup yang menanti kedamaian hati... Antara dua hati kita yang sudah menjadi satu... Untuk mengharung lorong terjah yang penuh berliku..

Bolehkah aku terus menghiasi hatimu... Dan kamu mendampingi hati ini sebagai seri indahnya... Menjadikan hati kita berdua hati yang suci... Tanpa sebarang titik gelap hitam yang melemahkan rasa hati... Antara aku dan kamu...

Kata hati mahukan bahagia selamanya... Gerak hati melalui saat-saat indah hidup kita berdua... Isi hati hanya aku dan kami sahaja yang tahu...

Aku amat menyayangi kamu...

(mybachelorman.blogspot.com)

Monday, June 22, 2009

MANA SETANGGINYA : Fitnah Itu Racun Paling Bisa Dalam Masyarakat

Pada 15 Jun 2009 yang lalu (Isnin), aku berkesempatan masuk ke Istana Budaya untuk menyaksikan buat julung kalinya naskhah "Mana Setangginya..." dipentaskan kepada khalayak umum... Lebih menarik pementasan ini merupakan yang pertama kali setelah lebih sedekad naskhah milik Sasterawan Negara ke-7, YBhg. Dato' Noordin Hassan ini ditulis iaitu pada tahun 1997... Bermakna sebelum ini, tidak pernah ada sebarang produksi mementaskan naskhah ini... Tentunya ramai penggiat sastera dan teater berpusu-pusu masuk ke Istana Budaya untuk melihat intipati sebenar "Mana Setangginya..." Aku ditemani My A-DDY....

Persoalan dalam skrip "Mana Setangginya..." masih berpegang kepada kepincangan dalam masyarakat kita iaitu unsur fitnah dan pergolakan akibat rasa dendam, perebutan kuasa dan keruntuhan ahklak... Jalan cerita dan watak diolah secara simbolik, sesekali diselitkan sedikit unsur realistik... menampakkan bahawa naskhah ini ada kekuatannya tersendiri...

Memang benar, kuasa fitnah amat besar dan kuat pengaruhnya... Semua itu dibayangi rasa dan hawa nafsu yang tidak pernah kenal erti kawan, saudara mara dan sahabat handai... Asalkan apa sahaja yang dihajati dapat dicapai dan dipenuhi.... sehingga sanggup mengetepikan dan menindaskan segelintir golongan yang lemah dan kurang upaya... Kerana kuasa juga, ada yang sanggup berpaling tadah dan mengkhianati ketua.... Lalu terjadilah pertelingkahan dan perebutan kuasa...
Walaupun isu fitnah ini agak klise untuk dibincangkan pada era kini, namun ia harus ditonjolkan sebaik-baik kepada umum agar mereka dengan jelas dapat menilai sesuatu kebenaran...


Natijahnya; jangan cepat atau mudah percaya dengan sesuatu perkara.. walaupun difikirkan ia sesuatu yang baik atau buruk, selidik dahulu dan perhatikan... Kita akan mendapat jawapannya...!!! Penghargaan harus diberikan kepada YBhg. Dato' Noordin Hassan atas naskhah ini... Sarat dengan pengajaran dan teladan... Begitu juga kepada para pelakon yang berjaya menghidupkan "Mana Setangginya..." untuk produksi dan penampilan pertama naskhah ini antaranya seperti; dramatis Azizah Mahzan, Shahruddin Thamby, Tony Eusoff dan Sabrina Ali... Tak lupa kepada pengarahnya, Zaifri Hussin... And last but not least; kepada Istana Budaya.

Di lobi Panggung Sari, Istana Budaya selepas pementasan berakhir....

Display board mengenai pementasan "Mana Setangginya..." yang cukup simbolik...

(mybachelorman.blogspot.com)

Saturday, June 20, 2009

LAMBAIAN KAABAH : MEMORI DI TANAH SUCI

Alhamdulillah... setelah sekian lama aku bercita-cita dan mengumpul duit untuk ke Makkah, akhirnya dengan keizinan Allah S.W.T dapat juga aku berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Umrah buat pertama kalinya pada 13 hingga 24 April 2009 yang lalu.. Apa yang lebih menggembirakan aku lagi, kunjungan ke Baitullah ini diiringi oleh kedua-dua orang tua ku... Walaupun telah lebih 2 bulan peristiwa manis itu berlalu, aku mahu berkongsi kegembiraan ini buat teman-teman semua...

Memang dari kecil lagi aku sudah berazam nak membawa bersama kedua-dua orang tua ku ke Tanah Suci Makkah... Niat aku setidak-tidaknya dapat mengumpul duit untuk mereka berdua menunaikan ibadah Haji... Entah macam mana, Tuhan telah memberi rezeki lebih kepada aku pada tahun 2008 yang lalu, maka kami bertiga pun berangkat pada tarikh tersebut dengan tiada sebarang perancangan langsung...

Yelah, masa aku masa sekolah dulu... selalu gak terbayang-bayang kat kepala mcm mana ler rupa Kaabah dan keadaan di Tanah Suci Makkah tu... Aku selalu berangan-angan nak ke Tanah Suci ketika Ustaz yang mengajar matapelajaran Pendidikan Islam bercerita mengenai Kaabah, Makkah dan Sejarah Islam... Dulu masa aku bersekolah agama (kalau sesiapa bersekolah di Johor, tentu masih ingat Sekolah Agama Kerajaan Negeri yang diwajibkan kepada semua pelajar - pagi sekolah kebangsaan... petang plak sekolah agama... aku dulu sampai Darjah Khas tau...!!!)

Aku sememangnya berminat kalau Ustaz atau Ustazah bercerita mengenai Haji, Kaabah dan Makkah... Rasa teringin sangat nak ke sana... Hmmmm.... dulu-dulu punya angan-angan terpaksalah simpan kat hati.... heheheheh.... Lagipun aku ni, bukanlah datang daripada keluarga yang berada... Serba-serbi kena ikhtiar dan usahakan sendiri.. Parents aku memanglah tak mampu nak menyediakan itu dan ini... Tak macam anak-anak zaman sekarang, parents sudah mampu... Cuti sekolah jer atau dapat result baik dalam peperiksaan... parents bagi hadiah buat Umrah... seronokkan...!!!!

Kunjungan aku ke Makkah ni pun, bukan kerana nak tayang kat sedara mara aku bleh ke sana... Sebenarnya jauh dalam sudut hati aku, ingin menggembirakan hati kedua-dua orang tua ku... Yelah, kalau aku tak bawa ke sana.. siapa lagi.. Lagipun mereka perlukan sangat-sangat kudrat aku sebagai orang muda... My ABAH dah 62 tahun, My MAK plak masuk 58 tahun... lagi-lagi My MAK selalu sakit kaki.... Inilah peluang dia nak manja-manja ngan aku kat Makkah... Hehehehe so sweet...!!!

Aku pun memang berhajat nak pergi ngan mereka, sekurang-kurangnya dapat juga aku hadiahkan sesuatu kepada mereka... sementara mereka masih ada... Kalau dah tak der nanti, tentu aku tak dapat peluang keemasan mcm ni.... Aku sayang kat My ABAH aku dan My MAK aku... muahhhh..!!!!

Gambar ini My ABAH aku yang snap... di hadapan hotel tempat kami menginap di Madinah.. Hotel tu betul-betul sebelah Masjidil Nabawi... Kira kalau Azan, memang jelas kami dengar..

Kami bertolak dari KLIA dan transit semalam di Colombo, Sri Lanka... Sebab kami naik AirLanka... Kemudian dari Colombo, terbang ke Jeddah.. Sampai di Jeddah, kami dibawa dengan shuttle bus terus ke Madinah... Kata Ustaz yang membawa kami.. nak menziarah Nabi dulu... hehehehe. Aku bukan main happylah... nak tengok Makam Nabi Muhammad S.A.W kan....!!!

Tapi kelakar gak masa ambik photo ni... My ABAH aku yang buta kamera pun, tau nak snap... Alah, kamera digital... Masa ni, lepas solat Zuhur... Aku bergaya ler dengan jubah yang dibeli kat pasar sekitar bandar Madinah...

Dengan My ABAH di depan Masjidil Nabawi selepas solat Subuh... Masa ni Subuh hari Jumaat, hari kedua kami di Madinah... Dapat gak solat dekat kawasan Makam Nabi dan lepas tu masuk ke kawasan Taman Raudhah.. tempat kumpul segala doa-doa yang dijamin oleh Allah S.W.T akan dimakbulkan... Amin..!!!

Selepas dua hari di Madinah, kami terus ke Makkah... Photo ini di Tana'in (Umrah kami yang kedua)... Masa buah Umrah pertama tak sempat ambil photo... sebab terlalu excited... Hehehe Aku happy, masa buat Umrah yang pertama sebab dapat pegang belah kanan My ABAH dan belah kiri My MAK masa buat Tawaf... Sedih gak masa tu, yeler.. akhirnya hajat aku termakbul jugak.... Dan lagi best, masa buat ibadah Umrah kami tak berengang langsung... Dua-dua parents aku sentiasa ada bersama-sama aku...

Ini antara photo aktiviti kami sepanjang berada di Tanah Suci Makkah... Photo My ABAH dan My MAK ini diambil di atas bukit Jabal Rohmah... Tempat dimana bertemunya semula Nabi Allah Adam A.S dan Hawa setelah terpisah selepas Allah S.W.T turunkan mereka ke bumi... Moga-moga cinta My ABAH ngan My MAK akan kekal dan utuh sebagaimana cinta Nabi Allah Adam A.S terhadap isterinya Hawa... Hmmm.. diam tak diam, dah lebih 36 tahun My ABAH dan My MAK ber'couple'.... hehehehheeh... Cayalah... !!!!

Tumpuk-tumpuk taik unta..!!!! Hehehe memang ler taik unta bertompok-tompok.. Photo ini dirakam masa dalam perjalanan keluar dari Tanah Haram... Untuk melakukan Umrah yang ketiga... Kami singgah di satu ladang unta. Siap beli lagi susu unta segar... Satu botol kecil, mcm botol mineral tu dijual dengan harga 5 riyal (RM5 ler...) Aku beli 5 botol, tapi sampai sudah aku ngan My MAK tak jamah satu botol pun... Sebab kami rasa loya dengan baunya... Tapi My ABAH, tolong selesaikan kelima-lima botol tu... Sebab tu baik Makkah, tenaga dia mengalahkan unta... Wakakakaka.. tak gitu ABAH..!!!!

Photo couple kesayangan aku ni, dirakam 2 hari sebelum kami berangkat balik... Masa ini kami bertiga solat Maghrib dan Isya' di bahagian Tingkat 3, Masjidil Haram... Best sebab tak ada bumbung dan banyak angin....
Aku dapatlah tangkap photo ni betul-betul menghadap Kaabah... Hmmm.. masa mula-mula tengok Kaabah, memang macam tak percaya dan tiba-tiba hati jadi sebak sangat-sangat.. Sampai airmata mengalir pun kita tak sedar... Itulah kehebatan ciptaan dan kebesaran Allah S.W.T.... Sepanjang berada di Makkah, aku bersyukur sangat-sangat kerana perjalanan ibadah kami semua berjalan baik... Alhamdulillah, tak ada satu pun perkara buruk berlaku... Apa yang lebih menyentuh hati aku, aku ni sebenarnya dengan My ABAH tak berapa rapat sangat... Semua masalah peribadi aku, aku ceritakan kat My MAK saja... Entah macam mana dengan berkat dan kuasa Allah S.W.T, aku ngan My ABAH jadi kamcing tak aleh-aleh di Makkah... Aku manja kat dia, dia plak manja kat aku... Hehehehe...

My MAK macam biasa ler, kalau sakit kaki... aku ler tempat dia nak mintak urut... Kalau dia nak atau teringin apa saja, sebut jer... Sure aku akan belikan... Kekadang, seronok gak kat Makkah nih.... Yeler, tempat orang kan.... tapi mcm tempat kami gak....

Tuler, betapa besarnya Allah S.W.T memberikan rahmat kepada hambanya yang berkunjung ke Rumah-Nya... Aku seronok dan rasa mcm nak pergi lagi... Insya-Allah ada rezeki, kudrat dan umur panjang... rasanya nak ke sana lagi untuk buat Haji plak.... Pergi ngan My ABAH dan My MAK jugak... hehehehe.. doa-doakan yer...

Buat kawan-kawan yang ada cita-cita, elok pergi time muda-muda nih... Kadang aku kesian gak ngan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang berumur pergi... Yelah, semangat mereka kuat tapi faktor usia dan kekuatan buat mereka selalu nampak kepenatan...

Lagi baik, kalau sesiapa yang masih ada ayah dan mak, elok pergi bersama-sama mereka... Mereka sememangnya perlukan kita disana, mcm My ABAH dan My MAK ler... Kita jangan anggap mereka akan membebankan kita, penat kita melayan mereka di sana tak sama penat Mak kita lahirkan kita dan penat mereka berdua membesarkan kita...

Kalau tak caya, buatlah Umrah ker... Haji ker dengan Mak Ayah kita... Kawan-kawan akan rasa sendiri keseronokannya yang kita tak akan dapat rasa di sini... Ini hanya satu pengalaman sahaja... Aku selalu gak bawa My ABAH dan My MAK pergi holiday.... tapi tak sama, semasa kami buat Umrah di Makkah... Hanya Tuhan sahaja yang tahu....

(mybachelorman.blogspot.com)

THANKS TO " My A-DDY"....

Thanks to My A-DDY.. blog ini aku dedikasikan khas buat dia ler yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan hingga lahirlah blog ini untuk dikongsikan dengan sesiapa sahaja... (mybachelorman.blogspot.com)

Memang dah lama nak buka personal blog ni, tapi banyak perkara yang menyebabkan hasrat ini selalu tertangguh... Nak kata tak tahu, senang juga nak buat blog ni... Cuma kekadang masa tak ada dan malas nak fikir... Padahal tak sampai sejam pun nak buat... Akhirnya impian aku sudah menjadi kenyataan... Thank you very much...

Apabila difikir-fikir balik... mungkin semua ini, aku rasakan sebab keikhlasan kita dalam membuat sesiapa sahaja berasa gembira... Semalam dan hari ini kita gembirakan orang, mungkin esok dan hari-hari seterusnya orang plak akan membahagiakan dan menggembirakan kita... Bukanlah maksud aku, segala apa yang kita buat nak dapatkan balasan... Tapi memang betul apa...!!! Kalau kita ikhlas dan sabar, surely kita akan dapat benda yang sama.. Hehehehe....

To My A-DDY, thanks aaaa banyak-banyak.. Lepas ni, bleh aaa aku tulis apa saja di blog ni... Nampak canggih sket.... baru WORLD...!!! hehehe... Betul lahh... sekarang zaman pun dah moden, kalau dulu orang tulis kat diari dengan ayat-ayat ntah apa-apa ntah... sekarang ni, blog plak jadi pengganti... Aku tau, orang lain dah lebih advanced dari aku pasal blog nih... aku plak baru nak berjinak-jinak.. Ada lah sket ketinggalan zaman... But, it's ok.. Janji apa yang aku nak, skrg nak terlaksana.. Ni kena belanja makan nih... heheheh

Oklah.. kepada viewer blog aku... selamat berkenalan dan jadikan blog ini teman kita bersama.. chowww.....

(mybachelorman.blogspot.com)