Monday, June 22, 2009

MANA SETANGGINYA : Fitnah Itu Racun Paling Bisa Dalam Masyarakat

Pada 15 Jun 2009 yang lalu (Isnin), aku berkesempatan masuk ke Istana Budaya untuk menyaksikan buat julung kalinya naskhah "Mana Setangginya..." dipentaskan kepada khalayak umum... Lebih menarik pementasan ini merupakan yang pertama kali setelah lebih sedekad naskhah milik Sasterawan Negara ke-7, YBhg. Dato' Noordin Hassan ini ditulis iaitu pada tahun 1997... Bermakna sebelum ini, tidak pernah ada sebarang produksi mementaskan naskhah ini... Tentunya ramai penggiat sastera dan teater berpusu-pusu masuk ke Istana Budaya untuk melihat intipati sebenar "Mana Setangginya..." Aku ditemani My A-DDY....

Persoalan dalam skrip "Mana Setangginya..." masih berpegang kepada kepincangan dalam masyarakat kita iaitu unsur fitnah dan pergolakan akibat rasa dendam, perebutan kuasa dan keruntuhan ahklak... Jalan cerita dan watak diolah secara simbolik, sesekali diselitkan sedikit unsur realistik... menampakkan bahawa naskhah ini ada kekuatannya tersendiri...

Memang benar, kuasa fitnah amat besar dan kuat pengaruhnya... Semua itu dibayangi rasa dan hawa nafsu yang tidak pernah kenal erti kawan, saudara mara dan sahabat handai... Asalkan apa sahaja yang dihajati dapat dicapai dan dipenuhi.... sehingga sanggup mengetepikan dan menindaskan segelintir golongan yang lemah dan kurang upaya... Kerana kuasa juga, ada yang sanggup berpaling tadah dan mengkhianati ketua.... Lalu terjadilah pertelingkahan dan perebutan kuasa...
Walaupun isu fitnah ini agak klise untuk dibincangkan pada era kini, namun ia harus ditonjolkan sebaik-baik kepada umum agar mereka dengan jelas dapat menilai sesuatu kebenaran...


Natijahnya; jangan cepat atau mudah percaya dengan sesuatu perkara.. walaupun difikirkan ia sesuatu yang baik atau buruk, selidik dahulu dan perhatikan... Kita akan mendapat jawapannya...!!! Penghargaan harus diberikan kepada YBhg. Dato' Noordin Hassan atas naskhah ini... Sarat dengan pengajaran dan teladan... Begitu juga kepada para pelakon yang berjaya menghidupkan "Mana Setangginya..." untuk produksi dan penampilan pertama naskhah ini antaranya seperti; dramatis Azizah Mahzan, Shahruddin Thamby, Tony Eusoff dan Sabrina Ali... Tak lupa kepada pengarahnya, Zaifri Hussin... And last but not least; kepada Istana Budaya.

Di lobi Panggung Sari, Istana Budaya selepas pementasan berakhir....

Display board mengenai pementasan "Mana Setangginya..." yang cukup simbolik...

(mybachelorman.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment