Petang semalam (Sabtu, 27 Jun 2009) aku berkesempatan hadir ke Majlis Resepsi perkahwinan sahabat baik aku - Rosli Mohd. Nordin yang diadakan di Dewan Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Aku tiba agak lewat dalam pukul 3.15 petang kerana sebelum tu...aku ada hal lain yang perlu diuruskan... Masuk sahaja ke dalam dewan yang dihias indah dengan tema warna Putih Unggu, terasa amat tenang sekali ditambah dengan hiasan bunga-bungaan hidup yang segar... Sah-sah konsep bunga hidup ni, sponsored by Nirul kot (sahabat baik kami gak...)
Di atas pentas, tersergam pelamin indah dengan konsep yang sama dan kedua-dua pengantin kelihatan segak dan cantik mengenakan busana moden sedang bersanding... Rosli mengenakan sut serba putih dan kemeja satin berwarna unggu... Sementara pengantin perempuannya - Jaja, nama sebenarnya Noranizah Mohamad (sahabat kami gak... kedua-dua mereka ni sahabat baik sebenarnya...) amat cantik mengenakan gaun putih cream dengan hiasan kain lace unggu, menambahkan keayuannya bergelar Raja Sehari... walaupun si Jaja ni aku tengok biasa-biasa ajer setiap hari, masa aku bertugas bersama-sama mereka di opis lama dulu... ekekekekeke.. Yeler Jaja ni jenis simple dan mungkin semalam tu, seri pengantin kot..... heheeheh
Ketika tu... sedang berlangsung di atas pentas juga acara memberi ucapan daripada rakan-rakan terdekat kedua-dua pengantin dan masing-masing apa lagi.... memecahkan lobang-lobang rahsia mengenai perkenalan dan percintaan mereka sehinggalah disahkan menjadi pasangan suami isteri... Hehehehehe, paling best pengakuan eksklusif Hanim Muhili (news reader di RTM... sahabat baik kami gak..) mengenai detik-detik gabra si Rosli... bila dia mengaku bahawa telah "jatuh cinta" dekat si Jaja...
Aku pun pelik... sejak aku kenal si Rosli ni lebih 9 tahun, aku sendiri pun tak tahu bila masa kedua-dua "si gila" ni jatuh cinta... Mereka berdua ni memang giler.... Memang aku tahu, dia orang ni sahabat baik sebab hari-hari menghadap muka yang sama di tempat kerja... Entah macam mana bleh sangkut... Aku taulah perangai si Rosli ni, memang digelar terrorist di tempat kerja kami dulu.... Kalau bleh, meja dan kerusi nak dihumbannya... heheheh itu kisah-kisah lama....
Masa sampai di majlis tu...... aku terus ke deretan makanan yang sudah terhidang secara buffet dan mengambil beberapa jenis lauk bersama nasi beriyani... Aku ditemai kawan My A-DDY, terus mengambil tempat sambil memerhatikan gelagat mereka di atas pentas secara jauh... Si Rosli perasan kehadiran aku dan mengangkat signal untuk bergambar selepas majlis... Aku hanya mengangguk tanda setuju... Aku pun terus membaham makanan yang sememangnya sedap... Perut plak tengah lapar... tak sempat lunch... Memang simpan untuk majlis nihhh... hehehehe
Memang seronok dapat hadir ke Majlis Resepsi Rosli & Jaja ni... Selain dapat meraikan pengantin, inilah peluang aku nak jumpa balik kawan-kawan lama yang pernah sama-sama bertugas di pejabat lama dulu.... Macam Tengku Suzana (Kosmo), Salina Sidek (Karangkraf), Nirul (SYABAS), Razif (MOHE) dan ramai lagi...Di atas pentas, tersergam pelamin indah dengan konsep yang sama dan kedua-dua pengantin kelihatan segak dan cantik mengenakan busana moden sedang bersanding... Rosli mengenakan sut serba putih dan kemeja satin berwarna unggu... Sementara pengantin perempuannya - Jaja, nama sebenarnya Noranizah Mohamad (sahabat kami gak... kedua-dua mereka ni sahabat baik sebenarnya...) amat cantik mengenakan gaun putih cream dengan hiasan kain lace unggu, menambahkan keayuannya bergelar Raja Sehari... walaupun si Jaja ni aku tengok biasa-biasa ajer setiap hari, masa aku bertugas bersama-sama mereka di opis lama dulu... ekekekekeke.. Yeler Jaja ni jenis simple dan mungkin semalam tu, seri pengantin kot..... heheeheh
Ketika tu... sedang berlangsung di atas pentas juga acara memberi ucapan daripada rakan-rakan terdekat kedua-dua pengantin dan masing-masing apa lagi.... memecahkan lobang-lobang rahsia mengenai perkenalan dan percintaan mereka sehinggalah disahkan menjadi pasangan suami isteri... Hehehehehe, paling best pengakuan eksklusif Hanim Muhili (news reader di RTM... sahabat baik kami gak..) mengenai detik-detik gabra si Rosli... bila dia mengaku bahawa telah "jatuh cinta" dekat si Jaja...
Aku pun pelik... sejak aku kenal si Rosli ni lebih 9 tahun, aku sendiri pun tak tahu bila masa kedua-dua "si gila" ni jatuh cinta... Mereka berdua ni memang giler.... Memang aku tahu, dia orang ni sahabat baik sebab hari-hari menghadap muka yang sama di tempat kerja... Entah macam mana bleh sangkut... Aku taulah perangai si Rosli ni, memang digelar terrorist di tempat kerja kami dulu.... Kalau bleh, meja dan kerusi nak dihumbannya... heheheh itu kisah-kisah lama....
Masa sampai di majlis tu...... aku terus ke deretan makanan yang sudah terhidang secara buffet dan mengambil beberapa jenis lauk bersama nasi beriyani... Aku ditemai kawan My A-DDY, terus mengambil tempat sambil memerhatikan gelagat mereka di atas pentas secara jauh... Si Rosli perasan kehadiran aku dan mengangkat signal untuk bergambar selepas majlis... Aku hanya mengangguk tanda setuju... Aku pun terus membaham makanan yang sememangnya sedap... Perut plak tengah lapar... tak sempat lunch... Memang simpan untuk majlis nihhh... hehehehe
(Aku bersama Rosli....)
Kawan-kawan yang masih bertugas di opis tu pun, ramai gak yang datang.... Masing-masing seronok dan tumpang gembira dengan perkahwinan Rosli ni.... Yeler, sekeras-keras hati Rosli ni.. Jaja gak dapat tawan hatinya buat suami... Cute jugak.... hehehehe......
Menariknya tentang Rosli nih... dia memang sahabat yang baik... Sanggup bersusah-payah kerana kawan dan yang penting dia memang manusia yang tidak pernah berkira langsung.... Kalau bab belanja kawan, diakah orangnya.... Selalu dengan selamba dia berseloroh.."I'm rich...!!!!"...
(Bersama Rosli dan Jaja, kat sebelah aku tu "si gila"... Hanim Muhili)
Memang Jaja amat beruntung dapat si Rosli ni... Selain caring, dia jugak amat bertanggungjawab dan suka fight for the right things... Aku pun selesa berkawan dengan dia... Dia jugaklah yang selalu tolong aku semasa susah dan dialah orangnya yang tolong aku masa aku kena rompak dulu.... Ko memang best aaa Rosli....
Sejak aku kenal Rosli ketika sama-sama masuk bertugas di opis lama 9 tahun dulu sehinggalah sekarang... kami tak pernah sekalipun berselisih faham.. apatah lagi bergaduh.... Semua aktiviti dan kenangan bersama Rosli memang aku tak akan lupakan... Yeler, dulu dia bujang.. Sekarang dah kahwin... Banyak yang kena fikir dua tiga kali untuk buat sesuatu... hehehehe....
Aku sebenarnya terkilan kerana tak dapat ikut Rosli semasa Majlis Akad Nikah dan bersanding di Kelantan (rumah keluarga Jaja....) pada 6-7 Jun lalu.... Memang perancangan awalnya nak ke sana, tetapi ada sedikit masalah yang tak dapat dielakkan... aku batalkan hasrat ke Kelantan waktu tu... Siap si Rosli tanya selepas tu banyak kali, aku datang ker... majlis resepsi di KL... Aku hanya cakap.."Insya-Allah...!!!.. Dia risau sangat kalau aku tak datang kali nih.... Tapi akhirnya, aku datang jugak kerana dia....
Aku doakan Rosli dan Jaja hidup bahagia dan ceria menjalani kehidupan sebagai suami isteri...dan hidup happy sebagai ayah dan ibu kelak.... Semoga kekal selamanya hingga ke akhir hayat... Amin, amin Ya Rabbal Alamin.....!!! Insya Allah..!!!
Aku teringat plak zaman-zaman bekerja bersama-sama Rosli dan beberapa sahabat lain semasa di opis lama dulu... Paling best ketika bersama-sama Rosli dan Suhaila (TRAXXfm) buat liputan LIMA 2005 di Langkawi... Pada aku itu kenangan bekerja paling best dan kelakar waktu tu.... (hanya mereka sahaja yang tahu)...
(mybachelorman.blogspot.com)

No comments:
Post a Comment